E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 735 Bandaniji. Manakala al-Baghawi dan al- Rafie yang paling sahih adalah suci. Pengarang kitab al-Hawi mengatakan dalam bab apa yang menyebabkan mandi wajib, Imam Syafie menegaskan dalam sebagian kitab-kitabnya bahawa lendir faraj wanita hukumnya adalah suci. Pendapat yang menyatakan kenajisan rutubatu alfaraj juga boleh dijumpai dalam beberapa kitab Shafii, antaranya Kitab Nihāyat al- Maṭlab fī Dirāyat al-Madhhab (Imam Al-Juwayni): باطن من خرج ولو المرأة فرج ناْستها، في شك فلَ رطوبة، المن، منه خرج إذا ولكن نقطع فليس بخروج رطوبة فرجها، بعض عند الصْحاب، الولد خرج وإذا مبتلَ ˝ قطعا خارجة رطوبة فهذه ، ˝ الولد عن متميزة . Dan sekiranya keluar daripada bahagian dalam faraj wanita suatu kelembapan, maka tidak syak lagi akan kenajisannya. Pendapat ulama dalam mazhab Shafii sepakat menyatakan sekiranya keputihan keluar dari dalam faraj wanita maka ia adalah najis. Kawasan dalam faraj yang mengeluarkan keputihan yang dianggap najis ialah kawasan yang tidak wajib dibasuhkan ketika mandi wajib seperti yang disebut dalam kitab Iʿānat al- Ṭālibīn: قوله : الذي غسله يبُ لا ( المْال ذلك في خالف الرملي، وقال : إن إنها فهي غسله يبُ لا محل من خرجت Jika ia keluar daripada tempat yang tidak wajib dibasuh ketika mandi wajib, maka dianggap najis kerana ia merupakan lembapan daripada dalam. Apa yang kita boleh rumuskan pandangan dari kitab Iʿānat dan Ḥāshiyat al - Bujayrimī ialah cairan yang keluar dari dalam wajib dibasuh. Adapun berkenaan kelembapan faraj wanita, maka telah diketahui bahawa apabila seorang wanita duduk dengan bertinggung (berlutut), maka akan keluar daripadanya kelembapan. Pada sesetengah wanita, kelembapan itu keluar dengan banyak. Hakikatnya, kelembapan faraj ini sering berlaku bagi setiap wanita. Jika melihat perbahasan ini, dua pandangan berbeza dalam Mazhab Shafii mempunyai pandangan dan dalil masing- masing. Analisa perbezaan ini disebutkan dalam Kitab Sharḥ Matn Abī Shujā. Di dalam Kitab Sharḥ Matn Abī Shujā, disebutkan:
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=