E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 734 Kelembapan faraj berdasarkan teks di atas dibahagikan kepada tiga jenis: I. Kelembapan yang keluar dan kelihatan apabila seorang wanita duduk atas kedua kakinya (iaitu rembesan yang sampai ke luar permukaan faraj). Ini disepakati suci. II. Kelembapan yang sampai kepada zakar suami ketika bersetubuh (iaitu kelembapan yang berada di saluran yang dalam, tetapi masih boleh dilalui zakar). Kawasan ini terdapat khilaf. Pendapat asah adalah suci. III. Kelembapan selain daripada dua jenis di atas (iaitu kelembapan yang berada jauh ke dalam, seperti di kawasan rahim dan tempat keluarnya darah haid). Ini disepakati najis. Disebutkan dalam kitab al Umm (al Shafii, 2001) كُلِ ¹ مِنْ خَرَجَ مَا بَ رُطُوبَةِ مِنْ ذكََر . أَوْ وْل، أَوْ مَذْي ي لاَ مَا أَوْ وَدْي . عُْرَفُ ي أَوْ ، . عُْرَفُ فَ . نَِْ هُوَ الْمَنِ خَلََ مَا كُلهُ س “Setiap kencing, mazi, wadi atau sesuatu yang tidak diketahui atau diketahui yang keluar daripada kemaluan, maka semua hukumnya najis kecuali air mani. Hukum: cairan keputihan datang daripada dalam faraj selain mani, maka statusnya najis.” Hal ini adalah disepakat ulama, kerana sebarang cairan yang keluar dari kemaluan adalah dikira sebagai najis. Perbezaan pendapat dalam Mazhab Shafii disebutkan oleh Imam Nawawi: المرأة فرج رطوبة وَأَما فالمنصوص النجاسة محل في متولدة رطوبة لانها نسْة أنها فكانت ومن نسْة اصحابنا طاهرة هي قال من كسائر البدن رطوبات . "Adapun mengenai kelembapan (cecair) faraj wanita, maka pendapat yang disebut secara jelas (oleh para ulama mazhab) adalah bahawa ia najis, kerana ia merupakan kelembapan yang terhasil di tempat keluarnya najis, maka hukumnya adalah najis. Namun, sebahagian ulama dalam kalangan mazhab kami (yakni sebahagian ulama mazhab Syafi‘e) berpendapat bahawa ia adalah suci, seperti kelembapan - kelembapan lain pada anggota badan." Lembapan faraj itu cairan keputihan yang meragukan antara cecair mazi atau peluh. Oleh itu, para ulama berbeza pendapat mengenai hukumnya. Kemudian, al-Syirazi dalam kitab al-Muhadzzab dan kitab at-Tanbih, cenderung berpendapat bahawa hukumnya najis. Pendapat ini dipilih juga al-

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=