E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 733 Perbincangan Hukum Pertama: Apakah Status Kenajisan Dan Kesucian rutubatu al- faraj Dalammazhab Hanafi, Imam Abū Yūsuf dan ImamMuḥammad daripada fuqaha mazhab Hanafi, telah membezakan antara kelembapan (lelehan) faraj bahagian dalam dengan kelembapan faraj bahagian luar. Mereka berdua bersetuju dengan pendapat Imam Abū Ḥanīfah tentang sucinya kelembapan faraj bahagian luar, tetapi mereka berpendapat bahawa kelembapan faraj bahagian dalam adalah najis. Namun, pendapat yang dipegang sebagai mu‘tamād (yang diutamakan) dalam mazhab Hanafi ialah pendapat Imam Abū Ḥanīfah, iaitu bahawa kelembapan faraj adalah suci secara mutlak (Dar al Ifta’ al Misriyah, t.t). Adapun kelembapan faraj (cairan faraj), maka menurut pendapat Abu Hanifah ia adalah suci, sama seperti kelembapan tubuh yang lain. Namun menurut dua sahabat beliau (Abū Yūsuf dan Muḥammad), ia adalah najis, kerana ia terhasil daripada tempat yang merupakan tempat keluarnya najis (al Zubaydi, 2015). Walaupun pendapat Abu Hanifah menyatakan kesucian rutubatul faraj, ia tetap dikira najis jika tercemar dengan najis lain (Ibn Abidin, 1992): Manakala menurut mazhab Maliki, rutubatu al-faraj adalah najis (al- Ḥaṭṭāb al- Ruʿaynī, 2007). الفرج ماء عياض قال عرفة ابن وقال ورطوبته نجس عندنا Ibn ‘Arafah berkata: Qadi ‘Iyad berkata: “Air faraj dan kelembapannya (rutubatuhu) menurut mazhab kami adalah najis.” Menurut mazhab Syafi’e, rutubatu al-faraj ialah cecair keputihan yang meragukan antara mazi dan peluh. الْفَرْجِ رُطُوبَةُ مَاء أَبْ . يَضُ مُتَََِ ¹ الْمَذْيِ بَيَْْ د د اُخْتُلِفَ فَلِهَذَا وَالْعَرَقِ فِيهَا Lembapan faraj itu ialah cairan keputihan yang meragukan antara cecair mazi atau peluh Oleh itu, para ulama berbeza pendapat mengenai hukumnya. (al Haytami, tt; an Nawawi, 2000). Dalam kitab Ḥāshiyat al- Bujayrimī ʿalā al- Khaṭīb (al- Bujayrimī, 2006) pula disebutkan;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=