E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 732 Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kepustakaan dan dokumen. Sumber utama yang diteliti merangkumi kitab-kitab fiqh klasik daripada empat mazhab utama (Hanafi, Maliki, Syafi‘i, Hanbali) bagi menganalisis perbezaan dan persamaan pa ndangan ulama mengenai hukum keputihan, status kenajisan, serta implikasinya terhadap wuduk dan ibadah. Sumber sekunder melibatkan keputusan rasmi Muzakarah Haji dan fatwa kontemporari di Malaysia serta negara lain, di samping rujukan kajian-kajian akademik semasa. Analisis turut diperkaya dengan pandangan pakar perubatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) sebagai data sokongan untuk memahami dimensi sains kesihatan berkaitan fenomena keputihan. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik bagi mengeluarkan tema-tema utama seperti: (i) hukum kenajisan keputihan, (ii) kesannya terhadap wuduk dan solat, serta (iii) cadangan penyelesaian praktikal bagi jemaah haji wanita yang mengalami masalah keputihan. PANDANGAN FUQAHADAN PERBINCANGAN HUKUM: Hukum Yang Membatalkan Wuduk Dari Dua Jalan: Asal hukum berkaitan status wuduk jemaah yang mengalami keputihan ialah firman Allah ﷻ dalam Surah al- Mā’idah ayat 6: “Wahai orang -orang yang beriman, apabila kamu hendak menunaikan solat, maka basuhlah muka kamu, dan tangan kamu sampai ke siku, dan sapulah kepala kamu, serta basuhlah kaki kamu hingga ke buku lali. Dan jika kamu berjunub maka mandilah, dan jika kamu sakit, atau dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu telah menyentuh perempuan, lalu kamu tidak mendapat air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci).” Frasa ٱْلَغٰاِئِط مَن ¹ ِِ منُكم ¹ ِِ د ا ِ ا ِ َأَح ِ َجٰاَء ِ َأْو ِ (atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air) difahami oleh jumhur sebagai kiasan bagi perbuatan qadha hajat (kencing atau buang air besar). Ayat ini menunjukkan bahawa keluarnya sesuatu dari qubul atau dubur adalah sebab batalnya wuduk. Ulama sepakat bahawa semua perkara ini membatalkan wuduk; Semua mazhab (Hanafi, Maliki, Syafii, Hanbali) bersepakat bahawa perkara berikut membatalkan wuduk: air kencing, kentut, haid, nifas, dan istihādah, mazi (cecair putih cair yang keluar ketika terangsang) dan wadi. Isu ini tidak akan diperbahaskan dalam kertas ini kerana telah menjadi persepakatan ulama. Namun, perbahasan timbul mengenai keputihan atau rutubatu al-faraj yang menjadi keresahan jemaah wanita terutama mereka yang tidak dapat membezakan dari mana kelembapan atau cairan itu keluar. Adakah keputihan dikira membatalkan wuduk atau tidak? Rutubah Al-Faraj ; Kesucian Dan Status Wuduk

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=