E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 731 (bakteria atau kulat) perlu dirawati. Keputihan atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai leucorrhoea merujuk kepada cecair yang keluar dari faraj wanita selain daripada darah haid. Ia dihasilkan oleh kelenjar serviks dan dinding faraj dengan fungsi utama untuk mengekalkan kelembapan, membersihkan faraj daripada sel mati, serta melindungi sistem reproduktif daripada jangkitan (Anderson et al., 2014). Dari sudut perubatan, keputihan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu normal dan tidak normal. Keputihan yang normal biasanya berwarna jernih atau putih susu, tidak berbau, tidak menyebabkan rasa gatal atau sakit, dan jumlahnya tidak berlebihan. Keadaan ini dianggap fisiologi kerana ia sering berubah mengikut kitaran haid, masa ovulasi, rangsangan seksual atau ketika kehamilan. Namun begitu, keputihan juga boleh menjadi tanda masalah kesihatan jika sifatnya berubah. Keputihan yang tidak normal biasanya berwarna kuning, hijau, kelabu atau bercampur darah, berbau busuk, pekat, atau disertai dengan rasa gatal, pedih, dan sakit di bahagian kemaluan. Punca-punca biasa termasuk jangkitan kulat seperti Candida albicans, jangkitan bakteria (bacterial vaginosis), parasit seperti Trichomonas vaginalis, penyakit kelamin, ataupun masalah yang lebih serius seperti polip atau kanser serviks. Oleh itu, secara ringkasnya, keputihan boleh dianggap normal jika tidak menimbulkan gejala luar biasa, tetapi jika disertai tanda-tanda abnormal ia memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut oleh doktor. Perbahasan keputihan dari sudut Syarak boleh merangkumi beberapa keadaan sama ada dipanggil rutubatu al- faraj, Ifrāzāt, mazi atau wadi . Tidak ada satu istilah khas untuk keputihan di dalam Bahasa Arab. Perbahasan ulama dalam kitab-kitab fiqh membahagikan cecairan atau lendiran yang keluar daripada faraj kepada beberapa kategori dan mempunyai hukum yang berbeza. Ada pun mani dikecualikan dari perbahasan ini kerana keluar mani mempunyai hukum berbeza dari cairan keputihan yang lain. Vaginal discharge kalangan jemaah haji wanita memang menjadi isu besar kerana ia berkait rapat dengan ibadah yang memerlukan taharah (kesucian) dan wuduk. Antara masalah utama ialah ramai wanita mengalami lelehan yang berterusan atau kerap. Menyebabkan wudukmudah batal berulang kali. Maka, menjadi beban untuk sentiasa memperbaharui wuduk ketika berada dalam keadaan sesak, panas, dan terbatas kemudahan tandas di Tanah Haram. Meskipun keputihan sering ditangani sebagai isu klinikal, bagi wanita Muslim ia membawa implikasi yang lebih kompleks. Hal ini kerana setiap cecair yang keluar daripada faraj lazimnya dikaitkan dengan hukum kenajisan, status wuduk, dan kesahan ibadah seperti solat serta puasa. Dalam kerangka mazhab Syafie yang dominan di Malaysia, keputihan umumnya ditakrifkan sebagai tidak najis tapi membatalkan wuduk (al- Nawawī, 2000). Justeru, wanita Muslim sering berdepan dengan dilema berulang dalam menguruskan kebersihan diri, memperbaharui wuduk, serta menunaikan ibadah harian. Keadaan ini bukan sahaja menimbulkan keraguan (waswas), malah boleh membawa kepada tekanan psikologi dan gangguan terhadap kelancaran ibadah (Mohd Yusoff, 2017; Satra et al., 2025). Jemaah juga keliru sama ada keputihan itu najis atau suci. Jika dianggap najis, pakaian yang terkena akan dianggap menajiskan solat. Perlu menukar pakaian di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Keputihan yang keluar selepas berwuduk menimbulkan was-was sama ada tawaf sah atau perlu diulang. Hal ini boleh mengganggu fokus ibadah dan menambah tekanan emosi. Ada yang mengikut pandangan najis, ada yang mengikut pandangan suci.Sebahagian jemaah keliru sama ada boleh mengambil ُرْخَصة ِ (keringanan) dengan berpegang pada pendapat yang lebih mudah. Maka, objektif kajian adalah untuk menjelaskan yang ciri-ciri keputihan atau rutubatu al-faraj yang najis dan bukan najis serta membatalkan wuduk. Ini kerana berdasarkan pertanyaan-pertanyaan di kalangan jemaah haji dan kajian tinjauan, kebanyakan wanita keliru, tidak faham dan tidak tahu tentang jenis-jenis dan status lendiran yang keluar dari faraj. METOD PENYELIDIKAN

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=