E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 725 tawaf tidak dilakukan sekaligus tujuh (7) pusingan. Ini kerana muwalat iaitu berturut-turut hanyalah sunat menurut pendapat mazhab Hanafi dan mazhab Syafie. c) Kepada jemaah yang memilih untuk tidak mengerjakan tawaf wada’ kerana berpegang kepada pendapat yang ia hanya mustahab, wajar ditekankan kepada mereka bahawa program ziarah yang dirancang adalah suatu ibadat dan bukan sekadar bersiar-siar dan berseronak. Pelbagai durus wa ‘izat , tawsiyyah dan tawjihah perlu diberikan kepada jemaah, di samping menggalakkan mereka mengerjakan umrah sekiranya perjalanan tersebut melalui mana-mana miqat atau lokasi yang selari dengannya. 12.2 TEMPOH BERADA ( المـُكث ) | MASAMENUNGGU SELEPAS TAWAF WADA’: Berdasarkan dawabit yang dinyatakan sebelum ini (rujuk: 5.2 [b]), jemaah hendaklah bersegera meninggalkan kota Makkah usai mengerjakan tawaf wada’. Sekiranya jemaah memerlukan masa untuk menunggu atau berhenti seketika, ianya dibolehkan sekiranya hanya mengambil masa yang singkat berdasarkan penilaian uruf ketika itu. Oleh itu, di dalam khazanah kitab fiqh mahupun fatwa-fatwa kontemporari ada dinyatakan bahawa berdasarkan uruf; tempoh yang dibolehkan menunggu atau berhenti seketika hanya kira-kira tidak lolos sembahyang dua (2) rakaat atau masa sebenar yang diperlukan untuk menyelesaikan hajat dan k eperluan bermusafir tanpa had tempoh yang tertentu atau dengan had yang tidak melebihi sebahagian hari atau berkalih siang dan malam , (Al-Nawawiy, 1994; Al-Haitamiy, 1985; Muhammad Nur al-Fatani, t.th. ; Hasan & Adam, 1937; Muhammad bin Ismail, t.th .; Sayyid Sabiq, 1995, ‘Uthaiymin). Melihat kepada situasi masa kini, jelas didapati bahawa terdapat tempoh keberadaan yang digariskan oleh fuqaha terdahulu agak kurang relevan atau kurang sesuai khususnya apabila dikaitkan dengan urusan logistik yang semakin kompleks. Justeru, berdasarkan realiti tersebut, satu penetapan baru berkaitan tempoh menunggu di penginapan selepas tawaf wada’ telah dibuat dan diimplementasi untuk jemaah negara bermula pada tahun 2017 (Pekeliling Ibadah 4/2017; Resolusi MHPK-34, 2017) bagi menggantikan penetapan terdahulu yang hanya menetapkan tempoh menunggu adalah terhad kepada 2-3 jam (Sabtu – Khamis) dan 4-5 jam (Jumaat). Penetapan baru tersebut adalah seperti berikut: a) Golongan yang tiada masalah dalam bab safar (musafir): Tempoh menunggu adalah 8 jam dikira dari masa jemaah tiba di bangunan penginapan usai dari tawaf wada’. Tempoh ini adalah dalam keadaan biasa tanpa ada halangan atas sebab urusan bermusafir. Sekiranya jemaah tidak juga meninggalkan kotaMakkah selepas tempoh 8 jam, tawaf wada’ dianggap telah terbatal dan wajib kepadanya mengulang semula tawaf tersebut. Cadangan: Penulis mencadangkan agar bagi jemaah umrah, tempoh masa 8 jam ini dikekalkan atas sebab-sebab berikut: a) Rata-rata penginapan jemaah umrah berada berdekatan dengan Masjidil Haram. Adapun penginapan yang jauh hanya melibatkan pakej-pakej ekonomi dengan jumlah yang sedikit. b) Urusan pengangkutan tidak sekompleks semasa musim haji, dengan kadar kelewatan atau masalah-masalah lain yang sangat minimum. Manakala bagi jemaah haji , penulis mencadangkan agar tempoh masa ini dinaikkan kepada 10 – 12 jam . Cadangan ini mengambil kira sebab-sebab berikut: a) Ia masih dalam julat tempoh masa perbincangan dan perselisihan pandangan fuqaha; khusus bagi yang meletakkan tempoh sebahagian hari atau berkalih siang dan malam. b) Sebahagian besar penginapan jemaah haji agak jauh daripada Masjidil Haram sehingga menghampiri jarak 1.5 km, dan jarak ini dijangka akan semakin jauh pada musim-musim
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=