E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 724 Semoga apa jua cadangan yang dikemukakan nanti sejajar dengan Kaedah Fiqh: تجلب المشـقة . المقاصـد الشـرعيـة dengan selari dan التيسـيّ 12.1 HUKUM TAWAF WADA’ KEPADA JEMAAH HAJI DAN JEMAAH UMRAH: Merujuk kepada era Pasca Covic-19, dianggarkan seramai 1.845 juta jemaah telah datang ke tanah suci Makkah bagi menunaikan haji pada tahun 1444H/2023M. Manakala pada tahun 1445H/2024M, seramai 1.833 juta jemaah telah menunaikan haji. Walaubagaimanapun, jumlah ini menurun kepada 1.673 juta jemaah pada tahun 1446H/2025M (General Authority for Statistic, KSA) ekoran tindakan ketat kerajaan Arab Saudi dalam melarang individu-individu yang tidak memiliki visa haji atau tasrih dari menunaikan haji. Adapun ibadat umrah di luar musim haji, tidak disangkalkan lagi ia sudah menjadi satu tren umat Islam yang berkemampuan di seluruh dunia. Dr. Tawfiq al-Rabiah; Menteri Haji Arab Saudi melaporkan bahawa seramai 13.55 juta umat Islam telah datang menunaikan umrah pada tahun 2023 (Saudi Gazette, 2024), seramai 16.92 juta pada tahun 2024 (Saudi Gazette, 2025) dan jumlah ini dijangka terus meningkat dari tahun ke tahun. Di Malaysia, dianggarkan hampir 300,000 umat Islam telah pergi ke tanah suci bagi menunaikan ibadat umrah pada tahun 2024 (Mazni Saad et al., 2024). Di lihat kepada angka ini, secara puratanya seramai 1.385 juta jemaah umrah berada di tanah suci Makkah pada setiap bulan; suatu jumlah yang hampir sama dengan musim haji pada tahun 2023 – 2025. Berdasarkan data ini, jelas menunjukkan bahawa tanah suci Makkah sentiasa sesak dengan kehadiran begitu ramai jemaah haji dan jemaah umrah pada setiap masa. Keadaan ini amat berbeza jika hendak dibandingkan dengan 20-30 tahun dahulu apatah lagi pada zaman silam. Justeru, situasi ini turut mengundang kepada kesukaran untuk melaksanakan tawaf pada waktu-waktu tertentu, apatah lagi sekiranya jemaah berhadapan dengan isu-isu logistik seperti pengangkutan dan kesesakan, kesihatan, kekangan masa, jarak penginapan dan sebagainya . Cadangan: Bersandarkan kepada fenomena ini, dalam mencadangkan penetapan hukum penulis telah membahagikannya kepada dua (2) situasi iaitu: Situasi Pertama: Meninggalkan Makkah untuk pulang ke tanahair atau ke Madinah. Penulis cenderung berpendapat untuk kekal memegang pendapat yang asah di dalam mazhab Syafie iaitu jemaah haji dan jemaah umrah wajib mengerjakan tawaf wada’ sebelum keluar meninggalkan tanah suci Makkah al-Mukarramah. Situasi Kedua: Meninggalkan Makkah untuk program ziarah melebihi dua (2) marhalah. Penulis mencadangkan agar hukum menunaikan tawaf wada’ bagi jemaah haji dan jemaah umrah yang mengikuti program ziarah ke mana-mana lokasi yang melebihi jarak dua marhalah (81 km) seperti ziarah Taif dan Jeddah hanyalah mustahab ( sunat ). Cadangan yang selari dengan pendapat mazhab Hanafi, mazhab Maliki dan pendapat kedua dalam mazhab Syafie ini dilihat lebih relevan dalam suasana dan peraturan masa kini. Bagi mengelakkan unsur memudah-mudahkan hukum yang lebih utama di dalam mazhab, perkara berikut sewajarnya ditekankan sebagai suatu ihtiyat : a) Para pembimbing (PEKTA/PIHTAS) perlu menjelaskan kedua-dua pendapat berkaitan hukum tawaf wada’ kepada jemaah dan menggalakkan mereka melaksanakan tawaf tersebut terutamanya kepada jemaah yang merasakan tiada halangan baginya berbuat demikian. b) Jemaah wajar didedahkan tentang kaifiyat tawaf yang membolehkan bilangan pusingan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=