E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 726 haji mendatang. Urusan pengangkutan darat dan udara pada musim haji amat kompleks. Justeru, tempoh masa ini dilihat lebih proaktif dalam memberi ruang kepada jemaah haji dan pihak pengurusan menyelesaikan urusan-urusan berkaitan. a) Golongan yang ada masalah dalam bab safar (musafir): Tempoh menunggu adalah 24 jam . Tempoh ini adalah dalam keadaan di mana tawaf wada’ telah selesai dikerjakan, kemudian jemaah dimaklumi tentang penangguhan atau kelewatan pergerakan kenderaan keluar dari kota Makkah. Sekiranya penangguhan atau kelewatan tersebut tidak melebihi 24 jam dari waktu tibanya jemaah di rumah penginapan usai tawaf wada’, hukum tawafnya dikira sah dan tidak perlu diulangi, selagi mana ia tidak melakukan perkara-perkara yang jelas menjurus kepada mazannah al-iqamah (keinginan untuk menetap di Makkah). Di dalam resolusi MHPK-35 (2018), dijelaskan bahawa kaedah menentukan kategori perbuatan atau aktiviti jemaah haji Malaysia dalam tempoh menunggu selepas tawaf wada’ hendaklah ditentukan berdasarkan kepada penilaian uruf semasa. Walaubagaimanapun, perbuatan atau aktiviti tersebut mestilah tidak keluar daripada sifatnya sebagai sebab safar dan mazannah al- iqamah . Selanjutnya, setelah jemaah selesai melakukan segala urusan safar maka perbuatan yang dilakukan dalam tempoh menunggu tidak lagi dikategorikan sebagai mazannah al-iqamah . CADANGAN: Penulis bersetuju agar tempoh masa 24 jam ini dikekalkan kepada jemaah umrah. Manakala bagi jemaah haji, penulis mencadangkan perkara berikut: a) Bagi jemaah yang akan bergerak ke Madinah , tempoh masa 24 jam ini wajar dikekalkan. b) Bagi jemaah yang akan pulang ke tanah air , tempoh masa ini wajar dinaikkan kepada 24 – 36 jam . Ia wajar dipertimbangkan khususnya bila berhadapan dengan isu penangguhan atau pembatalan penerbangan yang kritikal.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=