E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 723 ▪ Bersedekah di kawasan penginapan. ▪ Bergambar atau mengambil gambar di kawasan penginapan. ▪ Sebarang urusan yang berkaitan dengan safar nya seperti membeli makanan, minuman dan ubatan. Menunaikan solat fardu di penginapan atau di musolla yang berhampiran. Tidak boleh ia kembali ke Masjidil Haram kecuali bagi lelaki untuk solat Jumaat (di dataran). Bagi yang tinggal di hotel bersebelahan dengan Masjidil Haram, dibolehkan solat berimamkan imam Masjidil Haram di dataran atau di lobi hotel. 11.0 PERKARA YANG TIDAK DIGALAKKAN SELEPAS TAWAF WADA’: Antara perkara yang tidak digalakkan untuk dilakukan selepas mengerjakan tawaf wada’ adalah seperti berikut: ▪ Berlengah-lengah di dalam Masjidil Haram sehingga menyebabkan perjalanan jemaah lain terganggu kerana menunggu kepulangannya. ▪ Bersedekah semasa dalam Masjidil Haram dan semasa perjalanan pulang dari masjid. ▪ Membeli barangan yang tidak berkaitan dengan safar nya atau sekadar bersiar-siar menjamu mata dan meninjau barang (window shopping). Perkara- perkara di atas sekiranya dilakukan oleh jemaah, hukum tawaf wada’nya masih sah dan tidak dikenakan sebarang dam. Adapun perkara yang boleh membatalkan tawaf wada’ dalam konteks masa kini ialah perbuatan-perbuatan yang jelas menampakkan keinginannya untuk bermukim ( mazannah al-iqamah ) seperti kembali berulang-alik ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat fardu atau apa-apa perbuatan yang dianggap menyalahi uruf orang yang akan bermusafir. Selain itu, tawaf wada’ akan terbatal dengan sendirinya sekiranya jemaah tidak meninggalkan kota Makkah setelah melewati tempoh maksimum masa keberadaan yang ditetapkan. 12.0 ISU-ISU SEMASA YANG PERLU KAJIAN SEMULA: Dewasa ini, banyak perubahan besar telah berlaku di Tanah Suci Makkah al-Mukarramah berbanding dengan keadaan sebelumnya. Perubahan yang berlaku ini telah merubah suasana peribadatan jemaah haji dan jemaah umrah, sekaligus membuka ruang perbincangan untuk penetapan hukum yang lebih rasional dan relevan, tanpa ada sebarang niat untuk memudah- mudahkan ( al-tasahul ) sesuatu penetapan hukum. Sebaliknya, penulis berpegang kepada nas al- Quran dan al-Sunnah; antaranya firman Allah S.W.T.: (Surah al-Hajj 22:78), firmanNya lagi: (Surah al-Baqarah 2:185) dan ´ S.A.W.: Rasulullah baginda sabda (HR Imam al-Bukhari, Hadis no. 3560; Imam Muslim, Hadis no. 2327).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=