E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 722 ▪ Selepas itu, minumlah air zamzam sepuas-puasnya. ▪ Selesai mengerjakan amalan-amalan di atas, bersegera keluar dari Masjidil Haram dan seterusnya meninggalkan Makkah tanpa bertangguh. ▪ Jemaah hendaklah berjalan seperti biasa (yakni menghadap arah pintu keluar masjid) dan bukan berjalan secara berundur ke belakang, dengan sesekali menoleh ke Baitullah dengan perasaan penuh kesedihan kerana meninggalkannya. Bagi jemaah yang tidak dapat menunaikan keseluruhan tujuh (7) pusingan tawaf wada’ sekaligus atas sebab-sebab tertentu seperti lemah fizikal, waktu yang tidak sesuai (contohnya pada waktu tengahari) atau keterbatasan masa dan ruang pada waktu puncak (contohnya selepas solat Subuh) sedangkan jadual perjalanan begitu hampir, maka dibolehkan bagi jemaah tersebut membahagikan pusingan tawaf tersebut kepada dua (2) bahagian. Pertama ; melakukan terlebih dahulu beberapa pusingan lebih awal pada waktu yang lebih tenang dan kondusif (contohnya 5-6 pusingan pertama), Kedua ; manakala baki pusingan dilakukan pada waktu yang berikutnya. Ini mengambil kira pandangan dalam mazhab Syafie dan mazhab Hanafi bahawa tidak disyaratkan berturut-turut ( muwalat ) semasa mengerjakan tawaf bahkan ianya sunat belaka (Ba Syanfir, 1999). Bagi jemaah wanita yang dalam haid atau nifas, disunatkan bagi mereka untuk pergi sehampir mungkin ke hadapan pintu Masjidil Haram (sebaik-baiknya yang boleh nampak Baitullah) untuk berdoa sambil menghadap ke arah kiblat. Penulis juga berpandangan, wajar juga ia berada dalam kawasan mas’a dan terus berdoa (jika tidak menggangu jemaah ya ng sedang saie) sementara menunggu jemaah yang lain selesai mengerjakan tawaf wada’. 10.0 PERKARA ATAU HAJAT YANG BOLEH DILAKUKAN SELEPAS TAWAF WADA’: Apabila telah sempurna tawaf wada’nya, terdapat beberapa perkara hajiyat yang boleh dilakukan oleh jemaah yang tidak membatalkan tawaf wada’. Ia boleh dibahagikan kepada dua (2) keadaan berdasarkan tempat jemaah tersebut berada (Nota KAH TH 2024, Minggu ke-10; Jamalluddin 2022 & 2023, Pekeliling Ibadat Bil. 5/2018; Resolusi MHPK-27, 2011; MHPK-34, 2017). Pertama: Semasa berada dalamMasjidil Haram: Antara hajat- hajat yang boleh dilakukan sejurus sempurna melakukan tawaf wada’ adalah seperti berikut: ▪ Menunaikan solat fardu sekiranya muazzin sedang atau telah melaungkan azan. ▪ Menunaikan ibadat sunat (dalam keadaan berniat untuk tidak bermukim lagi di Makkah) seperti mengerjakan solat sunat safar, solat duha, solat taubat, sujud syukur, membaca al-Quran dan berzikir bagi satu tempoh yang tidak lama berada atau menunggu dalamMasjidil Haram (sekitar 20 minit) Kedua: Setelah kembali ke penginapan: Antara hajat-hajat yang boleh dibuat selepas tiba di penginapan selepas melakukan tawaf wada’ sementara menunggu ketibaan kenderaan adalah seperti berikut: ▪ Makan dan minum di hotel atau kedai yang berdekatan. ▪ Khidmat diri seperti qada’ hajat, mandi, menukar pakaian dan tidur ▪ Membaca al-Quran dan berzikir. ▪ Mengambil bagasi dan barangan yang berada di bilik atau yang hendak dibawa bersama. ▪ Mencari isteri, saudara, waris dan rakan yang hilang walaupun terpaksa masuk ke Masjidil Haram. ▪ Menziarahi isteri, saudara, waris dan rakyang sakit di hospital atau klinik (bagi kes kecemasan dan hajat). ▪ Membayar dam (sebaik-baiknya dilakukan sebelum tawaf wada’)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=