E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 721 kepada empat (4) parameter utama, iaitu: i. Berada dalam keadaan berhadas besar dan faqid al-tahurayn . ii. Berada dalam keadaan masyaqqah dari segi kesihatan dan keselamatan diri serta harta. iii. Berada dalam keadaan dihalang atau kebimbangan terhalang daripada tawaf wada’ atau urusan safar. iv. Kesibukan mengurus urusan Jemaah Sebagai tambahan, resolusi turut menetapkan bahawa kesesakan luar biasa di Masjidil Haram yang mengakibatkan masyaqqah dan boleh mengganggu urusan safar juga termasuk dalam pengecualian tawaf wada’. (Pendetailan berkaitan pengecualian daripada mengerjakan tawaf wada’ boleh dirujuk di dalam kertas kerja bertajuk Dawabit Pengecualian Tawaf Wada’ (2023) yang telah dibentangkan pada MHPK ke-40) 8.0 KOMPONEN TAWAF WADA’: Dalam melaksanakan tawaf wada’, terdapat 5 pelakuan yang saling berkait antara satu sama lain. Ia bebas dilakukan walaupun setiap satunya mengambil masa yang agak lama. Komponen tersebut ialah: 1. Tawaf wada’ (wajib) 3. Berdoa di Multazam 2. Solat sunat tawaf (di belakang Maqam Ibrahim / dalam Masjidil Haram) 4. Mengucup Hajarul Aswad 5. Minum air zamzam Perlakuan selain tawaf hukumnya hanyalah sunat (kecuali mengucup Hajarul Aswad bagi wanita hukumnya adalah harus) dan sayugia dilakukan jika berkemampuan dan ada kesempatan masa. 9.0 KAIFIYAT TAWAF WADA’: Pelaksanaan tawaf wada’ adalah sama sebagaimana tawaf -tawaf yang lain; iaitu dari aspek syarat- syarat sahnya dan juga sebahagian besar daripada sunat-sunatnya. Ringkasnya adalah seperti turutan berikut (Al- Nawawiy, 1994; ‘Abd al -Fattah, 1313H): ▪ Usai mengerjakan semua amalan nusuk dan menyempurnakan urusan peribadinya, jemaah berwuduk dan pergi keMasjidil Haram dengan hanya berpakaian biasa . Penulis mensarankan agar jemaah bergerak ke Masjidil Haram 5-6 jam sebelum jadual keberangkatan agar dapat melakukan tawaf wada’ dengan penuh khusyuk dan tenang, manakala tempoh berada di penginapan selepas itu juga tidaklah terlalu lama. ▪ Jemaah wajib berniat untuk mengerjakan tawaf wada. Contoh lafaznya adalah: ن ´ ـ ´ وي ˚ أ ت ´ ˚ أ ن ـ ´ ط ˚ و ´ ف ´ طـ ´ وا ˚ ´ ال ف ˚ ´ و ´ دا ˚ ¸ ع ´ ســب ˚ ـع ´ ـة ´ أ ´ ˚ شـ ´ وا ˚ لل ط ¸ ت ´ ـع ´ ـا ´˚ ل Maksudnya: Sahaja aku mengerjakan tawaf wada’ tujuh (7) keliling kerana Allah Ta’ala ▪ Oleh kerana jemaah lelaki hanya berpakaian biasa, tiada idtiba’ semasa melakukan tawaf wada’. ▪ Tidak disunatkan kepada jemaah lelaki berlari-lari anak ( al-raml ) pada tiga pusingan pertama, sebaliknya hanya berjalan seperti biasa pada setiap pusingan. ▪ Setelah sempurna tujuh (7) keliling, jemaah disunatkan menunaikan solat sunat tawaf di belakang Maqam Ibrahim atau di mana-mana tempat asalkan masih di dalam Masjidil Haram diikuti dengan berdoa. ▪ Sekiranya berpeluang ke Multazam, jemaah disunatkan berdoa dengan apa-apa jua doa yang bergantung dengan urusan agama dan juga kebahagiaan dunia. ▪ Setelah berdoa di Multazam, disunatkan pula mengucup Hajarul Aswad jika keadaan mengizinkan dan tidak memudaratkan jemaah.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=