E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 720 tawaf ifadah dan saie haji (jika belum), dan perlu bersegera meninggalkan kota Makkah (Resolusi MHPK-35, 2018). a) Berdosa tetapi tidak dikenakan dam – iaitu jemaah yang sengaja meninggalkan tawaf wada’ dalam keadaan tahu hukumnya dan keluar ia dari kota Makkah dengan azam untuk tidak kembali semula. Namun, sebelum melewati jarak dua (2) marhalah jemaah tersebut telah berpatah balik ke Makkah untuk melakukan tawaf wada’. b) Berdosa dan dikenakan dam – iaitu jemaah yang sengaja meninggalkan kota Makkah tanpa sebarang uzur syar’ie dan mengetahui hukumnya. Sekiranya pergerakan jemaah tersebut telah melewati jarak dua (2) marhalah, maka tidak wajib baginya untuk berpatah balik ke Makkah. Seandainya ia kembali jua ke Makkah dan mengerjakan tawaf wada’, menurut pendapat yang paling sahih (asah), ia tetap dikenakan dam tertib dan taqdir. Manakala salah satu pandangan di sisi ulama Khurasan menyatakan gugur dam terhadap jemaah tersebut. 7.0 PENGECUALIAN DARIPADA TAWAF WADA’: Walaupun hukum asal bagi tawaf wada’ adalah wajib, namun dalam keadaan -keadaan tertentu, jemaah boleh dikecualikan daripadanya dan tidak dikenakan sebarang dam. Pengecualian mengerjakan tawaf wada’ pada asasnya hampir sama dengan pengecualian yang diberikan kepada jemaah haji yang uzur syarie daripada bermalam ( mabit ) di Muzdalifah dan Mina (al- Dua’aniy, 2023) dengan pertambahan beberapa perkara lain. Tuntasnya, antara golongan yang dikirakan uzur syar’ie dari melakukan tawaf wada’ yang dijelaskan oleh Imam al- Nawawiy (1994) dan Sheikh ‘Abd al - Fattah Husayn (1994) adalah terdiri daripada: ▪ Perempuan dalam haid atau nifas. ▪ Perempuan istihadah yang mengikut adatnya ia dalam haid. ▪ Orang yang berpenyakit salasalbawl atau seumpamanya. ▪ Orang yang luka dan banyak mengalir darahnya walau dibalut sehingga boleh menajiskan masjid / mataf . ▪ Orang yang dipaksa meninggalkan tawaf wada’ ( al-mukrah ) seperti kes kecemasan, darurat atau terdesak. ▪ Orang yang takut kepada orang zalim yang akan menzaliminya. ▪ Orang yang takut daripada penagih hutang sedangkan ia tiada upaya menjelaskannya. ▪ Orang yang takut ditinggalkan oleh teman musafirnya. ▪ Mereka yang takut terancam nyawanya, kehormatan dirinya dan harta bendanya. ▪ Orang yang tiada mendapati air atau tanah untuk bertaharah Manakala merujuk kepada suasana masa kini, terdapat beberapa golongan tambahan turut dikecualikan daripada tawaf wada’ (Jamalluddin, 2022 & 2023; Resolusi MHPK -22, 2006; MHPK- 29, 2013; MHPK-37, 2020; Pekeliling Ibadah 4/2017; Nota KAH TH 2024, Minggu ke- 10). Mereka terdiri daripada: ▪ Petugas yang kerap keluar masuk kota Makkah kerana memberi perkhidmatan kepada jemaah haji dan atas urusan haji. ▪ Orang yang terpaksa diusung kerana uzur disebabkan sakit atau atas faktor usia yang lanjut dan ia tidak mampu untuk duduk di kerusi tolak. ▪ Orang yang mendapat rawatan di pusat rawatan secara rapi dan perlukan penjagaan perubatan secara berjadual. ▪ Jemaah yang tergolong dalam kalangan orang berisiko tinggi, yang telah dikenal pasti oleh pihak perubatan sebagai orang yang tiada harapan sembuh. Tuntasnya, resolusi MHPK ke-40 (2023) telah merangkumkan pengecualian-pengecualian di atas
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=