E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 719 5.1 Kriteria Umum Tawaf wada’ diwajibkan kepada jemaah haji dan jemaah umrah yang telahmenyempurnakan amalan- amalan haji atau umrah mereka serta individu-individu yang masuk ke Makkah atas sebab-sebab lain dan mereka berhasrat untuk meninggalkan kota Makkah. Kewajipan tersebut adalah tertakluk kepada penetapan berikut (Al-Jurdaniy, 1990; Ba Syanfir,1999): Pertama: Meninggalkan kota Makkah ke suatu destinasi yang jarak jauhnya dua (2) marhalah (kurang lebih 81km) atau lebih seperti kembali ke tanah air atau ziarah ke Madinah. Ini termasuklah pemergian jemaah yang tidak lagi terikat dengan ihram (yakni yang telah selesai mengerjakan umrah / mengerjakan haji secara tamattu’ sementara menunggu untuk berniat haji sebelum berangkat ke Arafah) dalam tempoh yang sangat singkat seperti menziarahi bandar Jeddah atau bandar Taif walaupun hanya dalam beberapa jam sahaja (Resolusi MHPK- 35, 2018 & MHPK-36, 2019). Kedua: Meninggalkan kota Makkah ke suatu destinasi yang jaraknya kurang daripada dua (2) marhalah, tetapi akan bermukim di situ selama empat (4) hari atau lebih. Ketiga: Meninggalkan kota Makkah untuk kembali ke kediamannya yang terletak di luar kota Makkah, walaupun jaraknya kurang daripada dua (2) marhalah. Keempat: Tiada sebarang peraturan daripada pihak berkuasa yang menghalang jemaah atau individu daripada mengerjakan tawaf wada’ (Resolusi MHPK -37, 2020). 5.2 Kriteria Khusus Bagi memastikan tawaf wada’ yang dilakukan bertepatan dengan tuntutan syarak sebagaimana yang dizahirkan daripada hadis Ibn ‘Abbas di atas, jemaah hendaklah memastikan dua perkara (Ibn Hajar al-Haitamiy, 1985): a) Sebelum melakukan tawaf wada’: Segala persiapan berkaitan permusafiran seperti urusan membeli-belah, mengemas bagasi dan sebagainya telah selesai dilakukan. b) Selepas melakukan tawaf wada’: i. Jemaah hendaklah bersegera meninggalkan kota Makkah kecuali terdapat hajat-hajat tertentu yang daruriy. ii. Mana-mana jemaah yang sengaja melengah-lengahkan meninggalkan kota Makkah selepas mengerjakan tawaf wada’, maka tawaf tersebut terbatal dan wajib kepadanya mengulangi pekerjaan tawaf wada’. iii. Mana-mana pelakuan atau aktiviti jemaah yang tidak bersangkutan dengan permusafiran atau menunjukkan wujud keinginan untuk menetap di Makkah (mazannah al-Iqamah) akan menyebabkan tawaf wada’ terbatal (Resolusi MHPK -35, 2018). 6.0 HUKUMMENINGGALKAN TAWAF WADA’: Sekiranya seseorang individu meninggalkan kota Makkah tanpa terlebih dahulu mengerjakan tawaf wada’ dan tiada pula keuzuran syar’ie, terdapat tiga (3) keadaan (Al-Jurdaniy, 1990; Ba Syanfir, 1999): Tiada dikenakan dam dan tidak berdosa: i. Jemaah yang masih belum menyempurnakan amalan haji atau umrahnya tetapi terpaksa keluar dari kota Makkah. ii. Seseorang yang keluar dari kota Makkah atas hajat tertentu (yang jaraknya kurang dari 2 marhalah), dan tidak semena-mena dikehendaki bermusafir. iii. Jemaah yang kesuntukan masa untuk mengerjakan tawaf wada’ sejurus selesai menunaikan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=