E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 718 3.1 Ibadat Haji Pertama; Menurut pendapat yang sahih di dalam mazhab Syafie seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Baghawiy, al-Mahamiliy dan al- Rafi’iy, hukum mengerjakan tawaf wada’ adalah wajib bagi setiap jemaah haji yang telah selesai menunaikan segala amalan hajinya, sebelum mereka bergerak keluar dari kota suci Makkah (Ibn Jama’ah, 1994). Pendapat ini juga selari dengan pendapat mazhab Hanafi dan Hanbali (Mughniyah, 2003; Al-Nawawi, 1994; Al-Qalyubi, 1997; Ibn Qudamah, 1994; Al- Jarhaziy, 2012). Oleh itu, sekiranya jemaah haji meninggalkan tanah haram Makkah tanpa mengerjakan tawaf wada’ serta tiada sebarang uzur syarie, maka jemaah dikira berdosa dan wajib kepada jemaah haji tersebut dam tertib dan taqdir mengikut syarat- syaratnya. Kedua; Menurut salah satu pendapat dalam mazhab Syafie, hukum mengerjakan tawaf wada’ hanyalah mustahab ( sunat ) kepada jemaah haji apabila telah sempurna melaksanakan segala amalan haji mereka (Bentahir 2019; Al-Nawawi, 1994; Al- Dua’aniy 2023). Ia juga merupakan pendapat dalam mazhab Maliki (Al-Qarafi, 1994). Malah, menurut mazhab Maliki, sekiranya tidak dilaksanakan maka tiada apa-apa dikenakan kepada jemaah haji. Manakala menurut pendapat kedua mazhab Syafie, mustahab kepada jemaah tersebut menyempurnakan dam tertib dan taqdir (Al- Mughniyah, 2003; Al-Nawawiy, 1994; Al-Jaziriy, 2003) 3.2 Ibadat Umrah Pertama; Menurut fuqaha mazhab Syafie (pendapat yang asah) dan mazhab Hanbali, hukum mengerjakan tawaf wada’ kepada jemaah umrah adalah wajib sebagaimana ia diwajibkan kepada jemaah haji. Sekiranya tawaf wada’ tidak dilaksanakan tanpa sebarang uzur syar’ie, maka jemaah dikenakan dam tertib dan taqdir menurut syarat-syaratnya (Al-Nawawiy, 1994; Ibn Qudamah, 1994). Kedua; Menurut fuqaha mazhab Hanafi, mazhab Maliki dan salah satu pendapat dalam mazhab Syafie, hukum mengerjakan tawaf wada’ hanyalah sunat . Walaupun begitu, menurut mazhab Syafie adalah disunatkan kepada jemaah umrah yang meninggalkan tawaf wada’ untuk menyempurnakan dam tertib dan taqdir seperti mana jemaah haji. (‘Itir, 1995; Bentahir, 2019; Al-Nawawiy, t.th ; Al- Jurdani, 1990). 4.0 KEDUDUKAN TAWAF WADA’ DALAMKONTEKS NUSUK: Adapun kedudukan tawaf wada’ sama ada ia adalah sebahagian daripada amalan haji dan umrah atau tidak, terdapat dua pendapat di dalam mazhab Syafie (Al-Nawawiy, t.th ; Daud al- Fatani, 1434H). Pertama; Yang dimuktamadkan oleh Sheikh Ibn Hajar al- Haitamiy bahawa tawaf wada’ merupakan tawabi’ haji (mengiringi haji), maka tidak perlu kepada niat secara khusus. Manakala bagi yang mengerjakan Haji Badal, maka hendaklah diniatkan kepada orang yang dihajikannya ( al-mahjuj ). Kedua; Yang diiktimadkan Imam Khatib al-Syarbiniy, al-Baghawiy dan al-Mutawalli bahawa tawaf wada’ bukan daripada wajib haji. Ia adalah ibadah mustaqilah (yang berasingan), maka wajib diniatkan secara khusus ke atas pelakunya bukan mahjujnya. Berdasarkan pandangan bahawa tawaf wada’ adalah ibadah mustaqilah , maka ia hendaklah dilakukan oleh mereka yang hadir ke Makkah sama ada sebagai jemaah haji, jemaah umrah, delegasi perniagaan, menziarahi saudara mahupun rakan-taulan dan sebagainya apabila mereka hendak meninggalkan kota Makkah (Al-Jurdaniy, 1990). 5.0 DAWABIT TAWAF WADA’ – BERDASARKAN KEPADA PANDANGAN ASAH MAZHAB:

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=