E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 717 Manakala sebagai rujukan penulisan, penulis mengguna pakai kitab-kitab fiqh klasik dan fiqh kontemporari serta Pekeliling Ibadah TH dan resolusi-resolusi yang diputuskan di dalam Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan. 2.0 DALIL: Asas bagi pelaksanaan tawaf wada’ sebelum jemaah meninggalkan kota suci Makkah al - Mukarramah adalah bersandarkan kepada sabda baginda Rasulullah S.A.W.: ´ Maksudnya: Daripada Ibn ‘Abbas r.a., beliau berkata: Tatkala manusia (yakni jemaah haji) beredar meninggalkan Makkah dari segenap penjurunya, maka Rasulullah S.A.W. bersabda: Jangan sekali-kali ada di antara kamu yang meninggalkan (kota Makkah) sehingga ia menjadikan akhir masanya (pekerjaan terakhirnya) tawaf di Baitullah. (HR Imam Muslim, Hadis no. 1328) Di dalam sebuah hadis yang lain pula dinyatakan: ´ Maksudnya: Daripada Ibn ‘Abbas r.a., beliau berkata: Manusia (jemaah haji) diperintahkan agar menjadikan akhir masa mereka dengan (mengerjakan tawaf) di Baitullah, melainkan hanya wanita dalam haid diberi keringanan daripada mengerjakannya. (HR Imam al-Bukhari, Hadis no. 1755) Selain itu, di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh saidatina ‘Aisyah r.a. turut menceritakan: ´ Maksudnya: Daripada Aisyah r.a. beliau berkata: ……. Maka Rasulullah S.A.W. menyeru para sahabat baginda r.a. untuk memulakan perjalanan, lalu Baginda S.A.W. mengetuai perjalanan tersebut. Kemudian Rasulullah SAW mengerjakan tawaf di Baitullah sebelum masuk waktu Subuh. Setelah itu, Baginda S.A.W. pun keluar dari Makkah menuju ke Madinah. (HR Imam al-Bukhari, Hadis no. 1663) 3.0 HUKUMMENGERJAKAN TAWAF WADA’: Fuqaha mazhab Syafie telah berselisih pendapat berkaitan hukum mengerjakan tawaf wada’. Dalam konteks ini, penulis membahagikannya kepada dua (2) kategori berdasarkan status nusuk yang dilaksanakan oleh jemaah. Kategori tersebut serta hukumnya adalah seperti berikut:
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=