E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 716 TAWAF WADA’ DARI PERSPEKTIF SYARAK: HUKUM DAN HAMBATAN PADA ERA KONTEMPORARI Mohd Sirajuddin Siswadi Putera Mohamed Shith JPIH (TH-JAKIM) / Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA E-mail: sirajuddin@uitm.edu.my ) Abstrak: Tawaf wada’ atau tawaf perpisahan disyariatkan kepada Jemaah yang akan meninggalkan tanah suci Makkah al-Mukarramah usai mengerjakan manasik haji atau umrah. Ia bukan sekadar bersifat ritual perpisahan, tetapi juga menzahirkan pengagungan terhadap Baitullah sebagai penutup manasik. Artikel ini membincangkan tentang tawaf wada’ dari aspek teori dan praktis berdasarkan dalil al-Quran dan al-Sunnah serta kupasan ulama silam dan kontemporari yang muktabar. Seterusnya, ia menjelaskan hambatan yang mempengaruhi hukum dan pelaksanaan tawaf wada’ pada masa kini. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kualitatif melalui penelitian teks-teks al-Quran dan hadis berserta syarahnya yang berkaitan tawaf wada’. Penulis turut merujuk kepada kitab-kitab penulisan fuqaha Syafi’iyyah dan juga fuqaha mazhab -mazhab yang muktabar serta penetapan pihak berautoriti iaitu Tabung Haji Malaysia. Tuntasnya, tawaf wada’ mencerminkan keseimbangan syariat; antara kewajipan beribadat dan prinsip keringanan bagi yang berhalangan. Ia sekaligus menzahirkan prinsip Islam sebagai al-din yang meraikan kemampuan pengikut-pengikutnya. Abstract: Tawaf wada’ or the farewell circumambulation, is prescribed for pilgrims who are about to leave the sacred land of Makkah al-Mukarramah after completing the rites of Hajj or Umrah. It is not merely a farewell ritual, but also a manifestation of reverence towards the Baitullah as the conclusion of the pilgrimage. This article examines tawaf wada’ from both theoretical and practical aspects, based on evidence from the Qur’an and the Sunnah, as well as the analyses of classical and contemporary authoritative scholars. Furthermore, it discusses the challenges that influence the legal rulings and implementation of tawaf wada’ at the present time. This study used a qualitative analytical method through the examination of Qur’anic verses, relevant hadiths, and their commentaries. The author also refers to the works of Shāfiʿī jurists alongside those of other recognized schools of thought, as well as decis ion of the authorized body namely Tabung Haji Malaysia. Ultimately, tawaf wada’ reflects the balance of the Shariah; between the obligation of worship and the principle of concession for those with legitimate excuses. It thereby demonstrates Islam’s essenc e as a religion that considers the capabilities of its adherents. Kata kunci / Keywords: Tawaf Wada’, Umrah, Haji, Ziarah Taif, Hukum kontemporari 1.0 PENGENALAN: Tawaf al- Wada’ adalah tawaf selamat tinggal. Ia juga disebut sebagai Tawaf al-Sadar ( در ´ صـ ´ ال ) kerana jemaah yang telah selesai menunaikan haji kembali muncul dan menuju ke Baitullah sebelum pulang ke destinasi masing-masing (Al-Muntakhab min al-Sunnah, 1989). Lazimnya, tawaf wada’ dilaksanakan oleh jemaah haji atau jemaah umrah bagi memuliakan dan menghormati Baitullah al-Haram sebelum mereka bergerak meninggalkan kota suci Makkah al-Mukarramah. Bagi merungkai pernyataan dan permasalahan yang cuba diketengahkan menerusi kertas kerja ini, penulis sedaya upaya membahaskannya dari spektrum mazhab Syafie yang menjadi pegangan majoriti umat Islamdi Malaysia. Namun begitu, dalam keadaan tertentu pandangan daripada mazhab- mazhab muktabar turut didatangkan sebagai penyelesaian alternatif buat jemaah Malaysia .

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=