E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 713 Sesiapa yang mentaati pemerintah, maka dia telah mentaati aku." (Hadis Muttafaq ‘Alaih). Maka, mendapatkan permit adalah ketaatan yang berpahala, dan sesiapa yangmelanggarnya adalah berdosa dan boleh dihukum oleh pemerintah. Keempat: Majlis turut menyemak kemudaratan besar yang berlaku jika tidak mematuhi syarat permit, termasuk menjejaskan keselamatan dan kesihatan Jemaah, mengganggu kelancaran pelaksanaan ibadah, dan menjejaskan perancangan pergerakan dan perkhidmatan secara keseluruhan. Kerosakan ini bukan hanya memberi kesan kepada pelaku, tetapi juga jemaah lain yang patuh kepada sistem. Kesimpulan fatwa: Maka, tidak dibenarkan pergi menunaikan haji tanpa permit, dan sesiapa yang melakukannya adalah berdosa. Maka majlis mengingatkan umat Islam agar bertakwa kepada Allah ketika menunaikan ibadah haji, menjauhkan diri dari perkara haram seperti maksiat, pertengkaran dan perbuatan keji, dan mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk memastikan ibadah dilakukan dalam keadaan aman dan teratur. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Mesir, Dr. Nazir Mohamad ‘Ayyad juga menegaskan bahawa menunaikan haji tanpa mendapatkan permit rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Kerajaan Arab Saudi adalah satu kesalahan dari segi syarak dan berdosa. Beliau menyatakan bahawa tasrih (kebenaran/permit) pada masa kini merupakan salah satu syarat bagi kemampuan (istita'ah). Beliau turut menekankan bahawa adalah tidak dibenarkan secara syarak untuk menyalahi arahan pemerintah dalam hal-hal yang memberi manfaat kepada orang ramai, seperti halnya dalam pengurusan ibadah haji. (https://www.youm7.com/story/2025/5/16/6988670/) Secara jelas disebutkan sebab-sebab larangan haji tanpa melalui saluran sah tersebut sebagaimana berikut: • Kesalahan dari aspek syarak dan berdosa. Dengan kata lain, melanggar prosedur rasmi dianggap sebagai penderhakaan terhadap pemerintah (wali al- amr) yang wajib ditaati menurut syarak, menjadikan perbuatan itu berdosa. Pelaksanaan haji tanpa kebenaran rasmi ini akan mendatangkan kesukaran kepada pihak berkuasa urusan haji dari aspek mendatangkan kesukaran kepada petugas-petugas haji dan ketidaksediaan kelengkapan prasana yang mencukupi. Rasulullah jelas melarang perkara seumpama ini berlaku sebagaimana sabda baginda daripada Abu Said al-Khudri RA berkata, Rasulullah bersabda: رَارَ ضَ وَلَ ضَرَرَ لَ Terjemahan: Tidak ada sebarang mudarat dan tidak ada juga perbuatan membalas kemudaratan (Hadis Riwayat Ibnu Majah, al-Dar Qutni, Malik dlm. Muwatta’) Hadis ini merupakan sebuah hadis yang masyhur serta menunjukkan bahawa Islam menafikan sebarang bentuk kemudaratan dan membalas kemudaratan kepada orang lain. • Tasrih (kebenaran/permit) sebagai syarat istita'ah (kemampuan). Tasrih haji bukan lagi semata- mata satu bentuk pengurusan, tetapi telah menjadi salah satu syarat sah kemampuan dalam menunaikan haji. Maka, sesiapa yang tidak mendapatkannya dianggap tidak mampu, dan tidak diwajibkan untuk mengerjakan haji. • Menjaga kepentingan umum. Pengurusan haji melalui sistem melalui kebenaran rasmi (tasrih) bertujuan untuk menjaga keselamatan para jemaah dan memastikan musim haji berjalan dengan teratur dan selamat, serta mengelakkan kekacauan atau risiko seperti kesesakan yang boleh mengakibatkan kemudaratan atau kecelakaan yang boleh membawa kepada kematian. • Kewajipan mematuhi peraturan umum. Melanggar peraturan dan prosedur rasmi adalah tidak dibenarkan menurut syarak, terutamanya jika ia membawa kepada kerosakan atau menjejaskan hak orang lain.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=