E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 714 Implikasi melanggar arahan haji tanpa kebenaran boleh menyebabkan perkara berikut: • Ibadah itu tidak terbatal dari sudut sahnya, tetapi kehilangan nilai kesyariatannya dan pelakunya berdosa. • Menyebabkan kekacauan, ketidakteraturan, serta mengganggu ibadah jemaah lain. • Meningkatkan risiko berlaku kemudaratan dan kemalangan akibat kesesakan, yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian – Ini jelas bertentangan dengan asas prinsip syariat Islam yang mencegah kemudaratan. Allah berfirman : تُ وَلَ • بََأيْدَيكُمْ لْقُوا ٱلتَ إَلََ • هْلُكَةَ Terjemahan: “dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)” (Surah al -Baqarah, 2:195) تَ وَلَ • قْتُ • ُ وٓا أَنفُسَكُمْ ل ٰۚ َ ٱلَلكَََانَ إَن ۭا بَكُمْ رَحَيم Terjemahan: “dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu” (Surah al -Nisa:29) Penyelesaian: Haji yang dilakukan tanpa tasrih (tanpa menggunakan saluran yang sah) adalah sah apabila segala rukun dan wajib haji telah dilakukan dengan sempurna. Namun orang yang melakukan haji melalui cara sedemikian dikira salah dan berdosa kerana telah melanggar ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa ( Uli al-Amri ), juga dikira telah melakukan kesesakan sehingga boleh memberi kemudharatan kepada jemaah haji lain. RUMUSAN Ini adalah sebahagian daripada permasalahan dan persoalan yang ditimbulkan oleh para jemaah haji Malaysia pada musim haji 1446H/2025M. Sebahagian besar kes yang berlaku dan persoalan yang ditimbulkan sebenarnya berlaku pertindihan antara seorang jemaah dengan yang lain. Soalan-soalan yang dikemukakan hampir mempunyai kesamaan dengan yang lepas memudahkan kertas kerja ini disediakan bersandarkan kepada resolusi dan keputusan MHPK sebelum ini. Walau apa pun, mungkin masih terdapat ruang-ruang kekurangan dan kedhaifan yang dapat dipertemukan dalam kertas kerja ini. Moga mana-mana yang terdapat kekhilafan dapat dipulihara kembali agar noktah yang sahih dapat dipelihara. Diharapkan agar segala item persoalan berkenaan ibadat haji dan hukumnya dapat diberikan pencerahan demi pencerahan pada setiap kali kelangsungan muzakarah haji agar terjamin kesempurnaan ibadat tersebut dalam kalangan jemaah haji. RUJUKAN 1. Al-Quran dan Terjemahan. 2. Al-Nawawi, Imam Yahya bin Syarf an-Nawawi, Kitab al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al- ‘Umrah , Dar al- Basya’ir al -Islamiyyah, Beirut, cet. 5, 1424H/2003M. 3. Anisah Abdul Ghani, Kertas kerja bertajuk Tempoh Menunggu Selepas Tawaf Wada’, dlm. Muzakarah Haji Kali Ke-35 Musim Haji 1440H 9-11 Nov. 2018 bersamaan 1- 2 Rabi’ul Awwal 1440H). 4. Kitab al-Bahr al-Wafi (m/s 553-554) 5. Mustapha Khin & Mustapha al-Bugha, 2012. Al-Fiqh al-Manhaji ‘Ala Mazhab al-Imam al- Syafe’i. Damsyiq: Dar al-Qlam & Dar al-Salam. 6. Ibadat Haji: Umrah & Ziarah, 2015. JK Penasihat Ibadat Haji TH -JAKIM, diterbitkan oleh Bahagian Bimbingan Jabatan Haji TH , edisi kemas kini 2015. 7. Permasalahan Pilihan Musim Haji, 2010. Resolusi Muzakarah Haji Kali Ke-26 Kertas kerja
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=