E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 712 Allah SWT berfirman lagi: ۭ فَيهَ يُرَدْ وَمَن بَلَََْحاد مَنْ نّذَقْهُ بَظُلْم عَذَاب أَلَيم Terjemahan: “dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya” (Surah al -Hajj, 22:25) Para ulama telah sepakat bahawa perbuatan maksiat di kawasan Tanah Haram adalah dosa besar dan wajib dijauhi. Allah telah memuliakan Kerajaan Arab Saudi – pemerintah dan rakyatnya – dengan khidmat kepada Dua Tanah Suci (Makkah dan Madinah). Negara ini telah menjalankan tanggungjawab itu dengan sebaiknya melalui projek perluasan, pembinaan infrastruktur, jalan raya, terowong, dan pelbagai kemudahan lain bagi jemaah haji dan umrah. Kerajaan juga telah memperkenalkan sistem dan peraturan bagi menyusun kemasukan dan pergerakan jemaah haji dan umrah supaya mereka dapat menunaikan ibadah dengan aman, mudah, dan selamat. Ini semua tidak akan dapat dicapai tanpa izin dan pertolongan Allah, serta usaha besar yang dicurahkan oleh kerajaan Arab Saudi demi khidmat kepada umat Islam dan Tanah Suci. Penegasan berhubung kewajipan mendapatkan permit haji: Majlis Ulama Tertinggi telah meneliti laporan daripada Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Haji dan Umrah, dan Pihak Berkuasa Hal Ehwal Masjid al- Haram dan Masjid al- Nabawi berkenaan risiko yang timbul jika jemaah tidak mendapatkan permit haji yang sah. Maka, majlis ini menjelaskan perkara berikut: Pertama: Kewajipan mendapatkan permit haji adalah berdasarkan prinsip syariah untuk memudahkan urusan ibadah dan mengangkat kesukaran. Firman Allah SWT: ُ يُرَيد ٱلْيُسْرَ بَكُمُ ٱلَلَُ يُرَيدُ وَلَ ٱلْعُسْرَ بَكُمُ Terjemahan: "Allah menghendaki kemudahan untukmu dan tidak menghendaki kesukaran." (Surah al-Baqarah, 2:185) يُفََُفَ أَن ٱلَلَُ يُرَيدُ ۚ عَنكُمْ ٰ َ َ وَخُلَق ٱلَْنْس • ۭا نُ ضَعَيف Terjemahan: "Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah." (Surah al-Nisa, 4:28) » ٱلدَّينَ فََ عَلَيْكُمْ جَعَلَ وَمَا مَنْ حَرَج Terjemahan: "Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama.” (Surah al -Hajj, 22:78) Oleh itu, menetapkan keperluan permit haji bertujuan untuk mengatur jumlah jemaah agar ibadah dapat dilaksanakan dalam suasana tenang dan selamat, dan ini adalah tujuan syarak yang sah. Kedua: Mematuhi peraturan permit haji adalah selari dengan kemaslahatan yang dituntut syarak. Ia membantu: • Melancarkan perancangan keselamatan, kesihatan, penginapan, makanan dan logistik lain. • Meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada jemaah. • Mengurangkan kemudaratan seperti tidur di jalanan, kesesakan melampau, dan bahaya tolak- menolak. Ketiga: Mendapatkan permit haji termasuk dalam mentaati pemerintah dalam perkara makruf. Firman Allah: D يَ • أَٓيّ ٰٰ • ٱلَذَينَ هَا ءَامَنُ • وٓا ٰ أَطَيعُوا ٱلَلََ وَأَطَيعُوا ٱلرَسُولَ ٱلْمََْرَ وَأُولََ مَنكُمْ Terjemahan: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu." (Surah Al- Nisa, 4:59) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang taat kepadaku, maka dia telah taat kepada Allah.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=