E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 711 perbelanjaan ahli keluarga semasa ketiadaannya. Begitu juga dengan kesihatan tubuh badan. Bagi wanita pula, hendaklah wujud bersamanya mahram atau wanita yang thiqah dalam perjalanan menuju ke Makkah. Dalam buku Istitha’ah : Pengertian, Syarat dan Permasalahan Hukum ada menyebutkan bahawa perjalanan aman itu sama ada nyawa dan harta benda. Sekiranya merasa bimbang terhadap dirinya akan perkara: penyamun, perompak atau lanun, waba’ penyakit, seperti ta’un, selsema burung dan lain -lain, atau harta yang dibimbangi dirampas. Maka, dia termasuk yang tidak mempunyai istitha’ah . Ini bertepatan dengan kaedah: كُلَ إَنَ تَصَرُف فَ صَلََحا دَفَعَ أَوْ فَسَادا جَرَ • عَنْهُ مَنْهَيّ هُوَ Terjemahan: “Bahawa setiap tindakan yang membawa kerosakan atau yang menolak kemaslahatan, maka ianya ditegah.” Dr. Wahbah al-Zuhaili berkata: “Keselamatan bermaksud keselamatan nyawa, harta orang yang mengerjakan haji disepanjang jalan, yang akan dilalui dan tempat yang sepatutnya diziarahi, walaupun hanya secara berat sangka ( zanni ).” Maksudnya ialah keselamatan pada keseluruhannya. Jika seseorang itu merasa tidak selamat atau bimbang terhadap keselamatan nyawanya, isterinya atau hartanya kerana ada binatang buas, seteru, perompak atau penyamun (yang menunggu mereka) dan jalan- jalan lain yang selamat tidak ada, maka pada ketika itu, haji tidak wajib ke atasnya kerana bencana dan ancaman tersebut. Majlis Ulama Tertinggi ( Hai’ah Kibar al - Ulama’ ) ketika membahaskan perkara berkaitan jemaah yang mengerjakan haji tanpa mengikut saluran sah telah mengaitkannya dengan isu “kemampuan”. Rumusan yang dikeluarkan selepas perbincangan yang panjang mengenai isu ini mengatakan “jika seseorang tidak mampu mendapatkan permit, maka ia termasuk dalam kategori “tidak berkemampuan” untuk menunaikan haji fardu. Firman Allah yang bermaksud: "Bertakwalah kamu kepada Allah sekadar kemampuan kamu." "Dan (kewajipan manusia terhadap Allah ialah) menunaikan haji ke Baitullah bagi sesiapa yang mampu mengadakan perjalanan ke sana." Kesimpulan fatwa yang dikeluarkan oleh majlis ini untuk tidak membenarkan pelaksanaan haji tanpa permit, dan berdosa bagi sesiapa yang melakukannya adalah banyak memfokuskan kepada melanggar arahan pemerintah yang sah dan boleh membawa kemudaratan kepada orang ramai. Dikemukakan kandungan fatwa tersebut (https://www.spa.gov.sa/N2090424, Riyadh, 17 Syawal 1445H bersamaan 26 April 2024M, diketuai oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah Al-Syeikh bersama 19 ahli ulama): Sesungguhnya Allah SWT telah mengagungkan syiar-syiar ibadah Haji di Baitullah al-Haram dan tempat-tempat sucinya. Firman Allah SWT: بَ وَإَذْ • لََبْْ وَأْنَا • رَهَيمَ ٰ َ ٱلْبَ مَكَان • تُشْرَكْ لَ أَن يْتَ شَيْ بََ ´ ٰٰۭ • بَ وَطَهَّرْ ا • يْتَََ َ آئَفَيَْ لَلط َ آئَمَيَْ وَٱلْق وَٱلرّكَعَ ٱلسّجُودَ Terjemahan: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): "Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun dengan-Ku, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang). (Surah al-Hajj, 22:26). Dan firman-Nya lagi: ٱلْكَعْبَةَ ٱلَلَُ جَعَلَ ٱلْبَ • ٱلَْحرَامَ يْتَ َ قَي • ۭا لَّلنَاسَ م ٱلَْحرَامَ وَٱلشَهْرَ وَٱلْقَلَ وَٱلْدََْىَ • ئَٓدَ ٰٰ ٰۚ َ ذَلَك ٰ َ لَت • ُ وٓا يَ ٱلَلََ أَنَ عْلَم • َ فََ مَا عْلَمُ ٱلسَم • وَتَ ٰ ٱلْرََْضَ فََ وَمَا بَكُلَّ ٱلَلََ وَأَنَ عَلَ شَىْء يم Terjemahan: Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan- bulan yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah al- Ma’idah, 5:97) Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud: “Sesiapa yang menunaikan haji dan tidak berkata perkara keji serta tidak melakukan kefasikan, dia akan kembali (dari haji) seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.” (Hadis Muttafaq ‘Alaih)

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=