E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 710 ialah lebih daripada jumlah masa separuh malam. Adapun pendapat yang lemah ( muqabil al-Azhar atau muqabil al-Asah ) ialahmemadai berada di Mina ketikamasuk waktu subuh (lihat al- Majmu’ 8/223) (dlm. kertas kerja Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Kertas kerja Muzakarah Haji Kali Ke-30 Musim Haji 1435H/2014M, bertajuk Bermabit di Mina : Fadhilat dan Pelbagai Hukum). Berdasarkan pandangan yang asah, sekiranya jumlah jam daripada terbenam matahari (masuk waktu maghrib) hingga terbit fajar (masuk waktu subuh) adalah sebanyak 10 jam, maka jemaah hendaklah berada di Mina lebih daripada 5 jam. Maka ia dikenakan dam tidak bermalam satu malam (dam bagi satu malam ialah secupak beras) jika tidak menepati tempoh tersebut. Walaupun pandangan kedua itu sah, adalah terlebih afdhal untuk mengikuti pandangan pertama. Pandangan kedua boleh diterima pakai jika hanya berada dalam keadaan terdesak atau keperluan tertentu seperti petugas haji yang berkesibukan dalam melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka hingga mendesak mereka untuk berada seketika sahaja di Mina (Soal Jawab Haji, Umrah & Ziarah, Bahagian Bimbingan TH, cetakan & kemas kini 2020, hal. 133). Penyelesaian: Bagi permasalahan berkenaan status jemaah haji yang bermabit seketika sebelum subuh khususnya yang tidak mempunyai tempat di Mina boleh menerima pakai pandangan kedua ini. Bahkan jemaah ini termasuk dalam golongan yang dikecualikan daripada bermabit di Mina tanpa perlu membayar dam dan tidak berdosa disebabkan tiada penempatan untuk bermabit kerana kawasan Mina telah penuh sesak dan padat dengan jemaah haji bermalam. Ini adalah berdasarkan kepada keuzuran (uzur syar’ie) yang dihadapi mereka, bukan dengan ke hendak sendiri. Tambahan pula, dalam resolusi Muzakarah Haji Kali Ke-21 Musim Haji 1426H/2005M berkaitan hukum bagi jemaah haji yang tidak diperuntukkan tempat di Mina menjelaskan bahawa para ulama mazhab Syafi’e telah memasukkan mereka yang mempunyai keuzuran, hajat dan menghadapi masalah sebagai termasuk dalam golongan al- Ma’zurin (kalangan orang uzur). Oleh yang demikian jemaah haji yang tidak diperuntukkan tempat khemah bermabit di Mina adalah digugurkan daripada melaksanakan kewajipan berkenaan dan tidak dikenakan apa-apa dam. Ibadat haji mereka adalah sah dan tidak berdosa kerana mereka termasuk dalam golongan al- Ma’zurin yang diberikan rukhsah oleh Nabi Muhammad SAW untuk tidak bermabit di Mina. KELAPAN BELAS Apakah hukum mengerjakan haji tanpa menggunakan saluran sah atau tasrih haji yang sah (yang diizinkan oleh pihak berkuasa Kerajaan Arab Saudi)? Ulasan: Ibadah haji merupakan salah satu rukun Islam yang lima, yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim yang mukallaf. Pelaksanaannya diikat dengan apa yang disebut dengan kemampuan ( istita’ah ). Namun setiap muslim mestilah menanam di dalam hati serta berazam untuk menunaikan ibadah haji dan sentiasa berusaha sedaya mungkin dalam melaksanakan perintah Allah SWT tersebut. Hal ini jelas seperti mana firman Allah SWT di dalam Surah Ali-Imran seperti berikut: وَلَلَ • النَاسَ عَلَى هَ الْبَ حَجّ • مَنَ يْتَ اسْتَطَاعَ إَلَيْهَ سَبَيلَ Terjemahan: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” (Surah Ali - Imran, 3:97) Imam al-Nawawi dalam al-Idhah menyebut: istitha’ah terbahagi kepada dua jenis: istitha’ah secara langsung dengan dirinya, dan istitha’ah untuk mengerjakan dengan orang lain. Ciri-ciri kemampuan ialah: Seseorang itu dianggap berkemampuan apabila dia memiliki harta yang mencukupi untuk mengerjakan haji dan umrah. Harta ini termasuk: Kos pengangkutan, perbelanjaan pergi dan balik, di samping bayaran untuk pasport perjalanan, upah pemandu haji dan umrah sebagaimana yang dikehendaki oleh pemerintah, dan semua harta tersebut mestilah lebihan daripada jumlah hutangnya dan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=