E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 709 hotel. Namun mereka tidak dibenarkan untuk masuk ke masjid disebabkan tukang-tukang tolak itu tidak memiliki tasrih. Beberapa kali percubaan dilakukan untuk memasuki masjid, tetapi masih tidak berjaya. Disebabkan kesuntukan masa, akhirnya mereka balik tanpa melakukan tawaf wada'. Adakah mereka dikenakan dam? Ulasan: Tawaf wada’ hukumnya wajib dilakukan sebelum meninggalkan Makkah pada jarak dua marhalah dan lebih atau setelah selesai segala urusan- urusan haji dan umrah bagi pendapat muktamad mazhab Syaf’ie. Nas daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: النَاسُ كَانَ يَ • نْصَرَفُونَ كُلَّ فََ فَ وَجْه • وسلم عليه الله صلى الََلَ رَسُولُ قَالَ : يَ لَ • نْفَرَنَ أَحَد يَكُونَ حَتََّ بَلَْبَ عَهْدَهَ آخَرُ • يْتَ Terjemahan: “Dahulunya orang ramai beredar mengikut haluan masing-masing untuk meninggalkan Makkah). Lalu Rasulullah SAW bersabda: Jangan sekali-kali seseorang daripada kamu meninggalkan Mekah sehinggalah akhir keberadaannya (di Mekah) al- Bait (Tawaf al- Wada`).” (Riwayat Muslim,1327). Imam al- Nawawi berkata, “Hadis ini mengandungi dalil bagi pendapat yang mewajibkan Tawaf Wada’ dan apabila ditinggalkanmaka harusmembayar dam. Inilah pendapat yang sahih menurut mazhab kami dan inilah pendapat majoriti ulama.” (Rujuk: Syarah Sahih Muslim 9/79). Namun terdapat satu pandangan daripada mazhab Syaf’ie yang mengatakan tawaf wada’ adalah sunat hukumnya (lihat Raudhah al-Talibin , 2/394, juga Mughni al- Muhtaj , 1/510). Pandangan ini menjadi pegangan kepada mazhab Maliki (lihat al- Syarh al-Kabir , 2/2/253), dan satu pandangan juga daripada mazhab Hanabilah (lihat al-Insaf, 9/294) (Anisah Abdul Ghani, Kertas kerja bertajuk Tempoh Menunggu Selepas Tawaf Wada’, dlm. Muzakarah Haji Kali Ke -35 Musim Haji 1440H 9-11 Nov. 2018 bersamaan 1- 2 Rabi’ul Awwal 1440H). Walau bagaimanapun terdapat beberapa golongan yang dikecualikan daripada melakukan tawaf tersebut yang dikira sebagai uzur syarie. Penyelesaian: Berdasarkan kes yang dialami oleh jemaah haji sebagaimana dalam permasalahan yang dikemukakan, jemaah tersebut dikira tergolong dalam kalangan orang yang mengalami keuzuran syar’ie yang menggugurkan dosa dan dam, lagi pun mereka telah berusaha untuk melaksanakan tawaf wada’ tetapi terhalang. Jemaah tersebut boleh dikategorikan sedemikian berasaskan kepada item orang yang takut ditinggalkan kawan seperjalanan (kes ini hanya terpakai bagi yang tidak disengajakan), atau orang yang dipaksa meninggalkan tawaf (kes kecemasan / darurat / terdesak / kesuntukan masa) (Soal Jawab Haji, Umrah & Ziarah, Bahagian Bimbingan TH , cetakan & kemas kini 2020, hal. 162). KETUJUH BELAS Apakah status jemaah haji yang bermabit seketika sebelum subuh bagi jemaah haji yang tidak mempunyai tempat di Mina? Ulasan: Berdasarkan kepada pandangan yang al-Asah, jemaah haji hendaklah bermalam di Mina di waktu malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah sekurang-kurangnya lebih daripada separuh malam bagi jemaah yang tidak melakukan nafar awwal. Ini pandangan jumhur ulama yang mengatakan hukumnya adalah wajib. Namun ada sebahagian ulama (termasuk al-Rafie) yang menghukumnya sunat. Imam al-Nawawi dalam al- Majmu’ (8/223) berkata: “Jika kita berpendapat wajib bermabit di Mina maka damnya juga wajib, dan jika kita berpendapat hukumnya sunat maka damnya juga sunat.” Menurut al-Rauyani pula, beliau berkata: “Tiada diuzurkan bagi yang tidak bermabit sekurang - kurangnya dua malam tasyriq, ini juga ditegaskan oleh ashab kami, iaitu tidak boleh melakukan demikian tanpa bermalam di Mina jika seseorang jemaah itu tiada uzur.” Jangka masa bermabit di Mina pula menurut pendapat yang muktamad ( al- Azhar atau al-Asah )
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=