E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 708 Ulasan: Melontar jamarat wajib dilaksanakan oleh diri sendiri dan tidak sah untuk dilakukan oleh orang lain melainkan apabila orang tersebut uzur seperti ditimpa sakit yang menyebabkan dia tidak boleh pergi melontar sendiri atau keuzuran lain yang diberikan pelepasan oleh syarak. Hal yang sedemikian diperbolehkan kerana syariat Islam memberikan kelonggaran dalam pelaksanaan ibadah, termasuk membenarkan mewakilkan lontaran jamrah bagi mereka yang mempunyai keuzuran yang dibenarkan. Menurut Zulkifli Mohamad al-Bakri (Haji dan Umrah, Soal Jawab Agama #7354: Wakalah Bagi Mereka Yang Sudah Tua dan Uzur dalam Melontar Jamrah), bahawa prinsip ini selaras dengan maqasid syariah yang menekankan kemudahan, pencegahan mudarat, dan perlindungan keselamatan jemaah haji. Keizinan ini berpandukan kepada dalil-dalil daripada al-Quran, al-Sunnah, dan pandangan ulama yang menunjukkan betapa syariat Islam mengambil kira keadaan semasa dan keupayaan individu dalam melaksanakan kewajipan agama. Justeru, pendekatan syariat yang bersifat murunah (fleksibel) ini memastikan umat Islam dapat melaksanakan ibadah tanpa menjejaskan kesempurnaan dan nilai ibadah tersebut. Menurut Irsyad hukum siri ke-86 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menyebutkan sebagaimana manasik haji yang lain, melontar jamrah ini wajib dilakukan oleh diri sendiri dan tidak sah untuk dilakukan oleh orang lain melainkan apabila orang tersebut uzur seperti ditimpa sakit yang menyebabkan dia tidak boleh pergi melontar sendiri. Kata Imam al-Nawawi: الْعَاجَزُ الرَمْيَ عَنَ بَنَ • فْسَهَ لَمَرَض أَوْ يَسْتَنَيبُ ، حَبْس يَ مَنْ • عَنْهُ رْمَي Terjemahan: “Orang yang tidak mampu untuk melontar sendiri disebabkan sakit atau sekatan, hendaklah dia wakilkan kepada orang lain untuk melontar bagi pihaknya.” Imam al-Nawawi juga telah menjelaskan lebih lanjut tentang sakit yang mengharuskan untuk wakilkan orang lain, kata beliau: النَّيَابَةُ تَوَُزُ وَإَنَاََ لَعَاجَز يُ لَ بَعَلَة • قَ زَوَالََُ رْجَى • الرَمْيَ وَقْتَ خُرُوجَ بْلَ Terjemahan: “Mewakilkan orang lain (untuk melontar itu) hanya diharuskan bagi orang yang tidak mampu kerana sakit yang tiada harapan untuk sembuh sebelum tamat waktu melontar.” Justeru dalam situasi di mana seseorang mengalami keuzuran atau kesulitan untuk melontar jamrah, syarak memberikan keringanan (rukhsah) dengan membenarkan untuk mewakilkan pihak lain bagi melaksanakan ibadah tersebut bagi pihaknya. Kelonggaran ini bertujuan memastikan individu yang uzur, seperti orang tua, wanita lemah, atau pesakit, tetap dapat menyempurnakan tuntutan haji tanpa menanggung beban di luar kemampuan mereka. Perkara ini juga dinyatakan oleh Imam al-Nawawi bahawa: Orang yang tidak mampu melontar jamrah sendiri kerana sakit atau halangan (seperti ditahan) boleh mewakilkan orang lain untuk melontar bagi pihaknya. Disunatkan baginya, jika mampu, untuk menyerahkan batu kepada wakil dan bertakbir ketika lontaran dilakukan. Perwakilan hanya dibenarkan bagi mereka yang uzurnya tidak dijangka akan pulih sebelum tamat waktu melontar, namun jika pulih selepas itu, ia juga tidak menjadi halangan ke atasnya pada perkara tersebut. Ada pun mengikut pandangan mazhab Hanafi dan Maliki, lontaran yang dilakukan oleh isteri tersebut adalah sah dan tidak dikenakan dam. Penyelesaian: Bagi permasalahan di atas, lontaran yang dibuat oleh isteri tersebut dikira sah. Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira pandangan mazhab Hanafi dan Maliki. KEENAM BELAS Beberapa orang jemaah haji, 4 jam sebelum bas berangkat (dalam jam 1 pagi lebih dan bas dijadual bertolak jam 5 pagi), mereka telah keluar untuk melaksanakan tawaf wada', tetapi disebabkan mereka rasa tidak larat, ditambah kaki pula sakit, maka mereka menggunakan khidmat mengupah orang menolak kerusi roda untuk mereka tawaf yang menunggu di hadapan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=