E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 707 al-Iqamah , tanda ingin bermukim) maka jemaah tersebut wajib mengulangi kembali tawaf wada’nya itu. Tetapi sekiranya kelewatan itu disebabkan urusan pemusafiran, maka tidak wajib ia megulangi kembali tawaf tersebut. Penyelesaian: Dalam permasalahan kes ini, jemaah tersebut tergolong dalam kategori yang tiada masalah dalam bab safar (musafir) dan tempoh menunggunya selama 8 jam. Namun dalam kes ini jemaah telah melakukan tawaf wada’ lebih awal iaitu dalam tempoh 10 jam sebelum berlepas. Namun disebabkan jemaah dimaklumi untuk melakukan ulang tawaf dalam keadaan yang agak lewat (dalam waktu yang hamper sebelum berangkat ke lapangan terbang). Keadaan ini tidak memungkinkannya untuk melaksanakan tawaf wada’ sekali lagi, ditambah lagi dengan kesesakan jemaah di Masjid al- Haram (akan mengambil tempoh waktu yang lama untuk melakukan tawaf kembali), maka tawaf wada’nya sebelum ini boleh diambil kira dan sah. Lagi pun memandangkan ketetapan 8 jam tersebut Adalah perkara ijtihadi dan bukannya sesuatu yang qat‘i. KEEMPAT BELAS Isu mematahkan ranting semasa dalam ihram. Adakah dikenakan dam? Ulasan: Memotong,menebang, mengerat, mematah, mencabut atau membinasakan pokok- pokok di Tanah Haram termasuk dalam larangan ihram yang dikenakan dam. Berkenaan mematahkan ranting perlu dilihat dari aspek sama ada pokok itu tumbuh liar atau ditanam, begitu juga dengan kadar ranting yang dipatahkan tersebut. Dinyatakan dalam kitab al-Bahr al-Wafi , “Demikian lagi haram mengerat atau mencabut pohon-pohon kayu atau tumbuh-tumbuhan pada segala tempat itu. Tetapi tiada wajib daman (bayar gantian/dam) perburuan dan mengerat pohon kayu melainkan pada Haram Makkah jua, tiada lainnya. [Ini] kerana Haram Madinah dan Wajj Taif keduanya itu bukan tempat nusuk (tempat mengerjakan haji/umrah). Maka tiada wajib daman sesuatu daripada yang tersebut. Maka haram memotong dan mencabut pohon kayu Tanah Haram sama ada bahasa (jenis) yang ditanam orang akan dia atau tiada. Dan tiada haram memotong dan mencabut tumbuh- tumbuhan Tanah Haram melainkan tumbuh- tumbuhan bahasa (jenis) yang tiada ditanam orang akan dia bahkan ia tumbuh jua. Tetapi harus diambilnya kerana u[m]pan binatang, atau kerana buat ubat seperti daun sinamaki dan buah pedendam, atau kerana sayur- sayuran seperti pohon bilam dan bayam. Harus diambilnya kadar hajat jua. Maka tiada harus diambilnya kerana hendak dijual. Bersalahan tumbuh-tumbuhan yang bahasa (jenis) ditanamkankan dia. Maka harus diambilnya mutlaqan jika ia tumbuh sendiri sekalipun seperti gandum dan sha’ir dan barang sebagainya. Demikian lagi harus mengerat dan mencabut pohon kayu Tanah Haram yang sudah kering, atau yang menyakiti dengan durinya, atau pohon kayu yang bertaburan pada jalanraya, serta tiada wajib daman pada sekeliannya.” Penyelesaian: Cadangan keputusan terhadap kes permasalahan ini, bahawa perbuatan ini tidak dikenakan dam tetapi disarankan untuk membayar sebanyak SR5 sebagai mengambil jalan ihtiyati dan keluar daripada khilaf ( khuruj min al-khilaf ). KELIMA BELAS Kes seorang jemaah haji telah koma sebelum sempat melontar Jamrah al- Aqabah pada hari 10 Zulhijjah. Jemaah haji tersebut selesai berwuquf dan bermabit di Muzdalifah. Apabila sampai waktu untuk melontar di Jamrah al- Aqabah pada hari ke-10 Zulhijjah, beliau telah pitamdalam perjalanan dan masih belum sempat melakukan lontaran. Untuk makluman isteri jemaah haji tersebut telah melontar bagi pihak suaminya tanpa wakalah daripada suaminya. Adakah lontaran yang dilakukan oleh isterinya sah?
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=