E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 706 KETIGA BELAS Kes tawaf wada’ terlalu awal iaitu dalam tempoh 10 jam sebelum berlepas, dan hanya dimaklumi ketika hampir berangkat ke airport. Bagaimana status tawaf wada’ yang telah dilakukan tersebut? Ulasan: Tawaf wada‘ merupakan pekerjaan terakhir yang wajib dilakukan sebelum meninggalkan Makkah setelah selesai segala urusan haji dan umrah. Ia amat dituntut bahkan ia disaran oleh Rasulullah SAW. Antaranya dapat dilihat melalui hadis Ibnu ‘Abbas RA, beliau berkata: “Dahulunya orang ramai beredar mengikut haluan masing- masing untuk meninggalkan Makkah. Lalu Rasulullah SAW bersabda: يَ لَ • نْفَرَنَ أَحَد يَكُونَ حَتََّ بَلَْبَ عَهْدَهَ آخَرُ • يْتَ Terjemahan: “Jangan sekali -kali seseorang daripada kamu meninggalkan Makkah sehinggalah akhir keberadaannya (di Makkah) al-Bait (Tawaf al- Wada`).” (Riwayat Muslim, 1327) Imam al- Nawawi berkata, “Hadis ini mengandungi dalil bagi pendapat yang mewajibkan Tawaf Wada’ dan apabila ditinggalkan maka wajibmembayar dam. Inilah pendapat yang sahihmenurut mazhab kami dan inilah pendapat majoriti ulama.” (Lihat Syarh al- Nawawi ‘ala Sahih Muslim , 9/79). Pelaksanaan tawaf ini perlu dirancang dengan cara yang terbaik agar perjalanan haji/umrah berjalan dengan lancar terutama sekali dari aspek prosedur pergerakan dan perjalanan sama ada untuk ke Madinah ataupun kembali ke Malaysia. Berdasarkan keputusan Resolusi Muzakarah Haji Kali Ke-34, Musim Haji 1439H/2017M, hukum tawaf wada’ bagi jemaah haji ada 2 kategori iaitu: • Kategori pertama yang tiada masalah dalam bab safar (musafir), tempoh menunggu 8 jam. Tempoh ini adalah dalam keadaan biasa tanpa ada halangan atas sebab urusan berkaitan pemusafiran. Perkiraan masa 8 jam tersebut hendaklah dikira bermula dari masa jemaah haji sampai di bangunan penginapan setelah pulang dari tawaf wada’. Sekiranya Jemaah tidak keluar dari Makkah dalam masa 8 jam selepas tawaf wada’ bukan disebabkan masalah urusan berkaitan permusafiran, tawaf wada’nya dianggap telah batal dan perlu diulang semula. • Kategori kedua yang ada masalah dalam bab safar (musafir), Tempoh menunggu 24 jam. Tempoh ini adalah dalam keadaan di mana tawaf wada’ telah selesai, kemudian dalam tempoh 24 jam baru dimaklumkan kelewatan pergerakan kenderaan keluar dari Makkah, maka jemaah tidak perlu mengulang semula tawaf wada’. Perkiraan masa 24 jam tersebut hendaklah dikira bermula dari masa jemaah haji sampai di bangunan penginapan setelah pulang dari tawaf wada’. Turut dibahaskan tentang permasalahan jemaah yang tertangguh untuk keluar dari Makkah dalam tempoh masa tertentu, sedangkan mereka telah melakukan tawaf wada’. Persoalan yang timbul sama ada mereka yang tertangguh sedemikan, terpaksa mengulangi kembali tawaf tersebut ataupun tidak. Dipetik daripada kata-kata Al-Khatib al-Syarbini ( Mughni al-Muhjaj , 1/510): “Sekiranya jemaah haji menunggu (masih tidak keluar dari Makkah) bukan kerana keperluan atau yang menunggu tiada kaitan dengan pemusafiran seperti ziarah, melawat orang sakit dan membayar hutang, beliau wajib mengulang semula tawaf wada’. Malahan sekiranya masyghul (berlengah -lengah/menyibukkan diri) dengan melakukan solat sunat tawaf dua rakat atau dengan sebab pengurusan berkaitan dengan pemusafiran seperti membeli bekalan dan keperluannya atau mengikat kenderaan (urusan berkaitan kenderaan) atau jika pada waktu yang sama solat mula ditunaikan dan beliau solat berjemaah bersama mereka, mengikut tambahan yang disebut dalam al- Raudah, semuanya tidak wajib mengulang semula tawaf wada’.” Melalui petikan ini, dapat dirumuskan tentang kelewatan keluar dari Makkah selepas tawaf wada’ telah dilakukan berserta adanya tanda -tanda pada jemaah itu masih ingin bermukim ( muzannah
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=