E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 705 solat zohor yang ditunaikan di surau bangunan penginapan atau hotel walaupun solat Jumaat masih belum selesai didirikan di masjid berhampiran (lihat Kitab Majmuk Syarah al- Muhazzab Jld. 4, juga dlm. Permasalahan Ibadat Haji Musim Haji 1434H/2014H). Penyelesaian: Berdasarkan keputusan Muzakarah Haji Kali Ke-39 (Rujuk Resolusi Muzakarah Haji Kali Ke-39, Musim Haji1444H/2022M), jemaah haji boleh menunaikan solat Jumaat mengikut imam di Masjid al-Haram ketika kesesakan sehingga terhalang dan menyebabkan terputus saf yang melebihi 300 hasta (135 meter), asalkan mereka mendengar secara langsung suara imam atau mengetahui pergerakan imam dari satu rukun ke satu rukun yang lain. Ini adalah berdasarkan pandangan Mazhab Maliki dan Hanbali (Rujuk juga surat edaran pada musim haji 1446H/2025M berkenaan kebenaran melaksanakan solat Jumaat di hotel secara berasingan). KEDUA BELAS Permasalah jemaah haji Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) yang sentiasa menggaru-garu rambutnya sehingga menyebabkan gugur. Adakah dikenakan dam ke atasnya? Ulasan: Gangguan Obsesif (ketaksuban) Kompulsif (paksaan) dikenali dengan OCD ( Obsessive Compulsive Disorder ) merupakan sejenis gangguan mental di mana individu mengalami antara 2 komponen utama iaitu obsesif dalam bentuk pemikiran, keinginan atau bayangan yang tidak diingini ataupun perbuatan kompulsif secara berulang-ulang atau bertindak terdesak terhadap pemikiran obsesif atau bertindak mengikut peraturan yang amat tegar. Gangguan ini amat menghabiskan masa dan boleh menyebabkan individu mengalami stres dalam kehidupan dan gangguan kepada kehidupan seharian (https://jknjohor.moh.gov.my/hpermai/ocd/) . Semasa berada dalam ihram, semua jemaah haji/umrah sama ada lelaki atau perempuan akan tertakluk kepada larangan ihram yang mana antaranya tidak boleh menaggalkan rambut atau bulu mana-mana anggota badan (Ibadat Haji: Umrah & Ziarah, Bahagian Bimbingan TH 2015). Menggugur atau menanggalkan rambut dengan sengaja dalam ihram adalah perbuatan yang boleh dikenakan dam takhyir dan taqdir. Ini berdasarkan firman Allah: » وَلَ تَلََْقُوا رُءُوسَكُمْ ََ تَ يَ ح • بْ • ٱلْدََْىُ لُغَ مََحلَهُۥ Terjemahan: dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya (Surah al-Baqarah, 2:196) Dam takhyir dan taqdir ialah yang mana seseorang itu boleh memilih antara jenis-jenis dam yang diwajibkan, dengan merujuk kepada kadar dam tersebut yang telah ditetapkan oleh syarak. Berdasarkan dam jenis bersedekah kepada 6 orang fakir miskin di Tanah Haram sebanyak 2 cupak makanan tia-tiap seorang, atau berpuasa selama 3 hari (Ibadat Haji: Umrah & Ziarah, Bahagian Bimbingan TH , 2015). Penyelesaian: Dalam permasalahan kes ini, jemaah haji tersebut dimaafkan dan tidak berdosa kerana rambut tersebut gugur tanpa disengajakan (di luar kawalan diri sendiri) atau gugur tanpa perbuatan yang dilakukan sendiri. Jemaah juga tidak dikenakan dam seperti mana yang dinyatakan sebelum ini. Tambahan pula, apabila diselidiki, ternyata jemaah ini dikenal pasti menghidapi penyakit OCD, kes adalah di luar kawalan diri sendiri. Kes seumpama ini menyamai dengan seseorang yang mencabut rambutnya dalam keadaan ia tidur, maka ia dikira tidak berdosa dan tidak dikenakan dam.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=