E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 704 (Lihat : al-Fiqh al-Manhaji (1/202-203): 1. Solat Jumaat hendaklah didirikan di dalam kawasan binaan, sama ada di bandar atau di kariah yang mempunyai penduduk yang bermustautin tidak kurang daripada 40 orang lelaki yang cukup syarat-syarat wajib mendirikan Jumaat. 2. Bilangan Jemaah bagi solat Jumaat ialah tidak kurang daripada 40 orang lelaki yang memenuhi syarat wajib Jumaat ( أهل الجمعة ) iaitu lelaki, baligh dan bermastautin. 3. Solat Jumaat hendaklah didirikan dalam waktu zohor. Jangan didirikan lebih daripada satu solat Jumaat pada satu tempat selagi ia boleh dilakukan demikian. Malahan mereka wajib berhimpun pada satu tempat. Namun harus berbuat lebih daripada satu tempat jika tempat tersebut tidak dapat menampung bilangan jemaah yang ramai. Syarat melaksana solat Jumaat ialah ia dilakukan di tempat yang didirikan ialah kawasan penduduk bandar atau kampung yang ada penduduk bermastautin dan tetap di situ. Dalam situasi jemaah haji yang berada di Makkah, mendirikan solat Jumaat di hotel penginapan dengan imam dan khutbah berasingan adalah tidak menepati syarat wajib solat Jumaat dan bersalahan dengan peraturan pihak berkuasa Saudi, maka kami berpandangan bahawa solat Jumaat tidak boleh diadakan di hotel, ini kerana tempat tinggal tetap ( istiqrar ) adalah syarat penting bagi kesahan solat Jumaat. Ia tidak boleh didirikan di tempat sementara atau yang tidak didiami secara berterusan. Hotel atau tempat penginapan bukanlah tempat tinggal tetap. Dalam kitab al-Muhazzab dinyatakan: “Solat Jumaat tidak sah kecuali didirikan di bangunan- bangunan yang dihuni secara tetap oleh penduduk yang mencukupi untuk mendirikan solat Jumaat, sama ada di sebuah bandar atau kampung. Hal ini kerana pada zaman Rasulullah SAW dan zaman para khalifah selepasnya, solat Jumaat hanya didirikan di bandar atau kampung, dan tidak pernah diriwayatkan ia didirikan di kawasan pedalaman (badwi). Maka jika penduduk sebuah bandar keluar ke kawasan luar bandar untuk menunaikan solat Jumaat, ia tidak sah kerana tempat itu bukanlah tempat kediaman tetap, sama seperti kawasan badwi. Namun, jika sebuah bandar runtuh (rosak) lalu penduduknya tetap tinggal di situ untuk membangunkannya semula, kemudian masuk waktu Jumaat, maka wajiblah mereka mendirikannya kerana mereka masih berada di tempat kediaman teta p.” Berdasarkan pandangan ini maka solat Jumaat hanya sah didirikan di tempat yang mempunyai penduduk tetap seperti bandar atau kampung. Ia tidak sah jika didirikan di kawasan yang tidak menetap (contohnya padang pasir, perkampungan nomad, atau tempat sementara). Justeru berkaitan kes permasalahan yang diajukan ini, maka dicadangkan beberapa cara penyelesaian dan alternatif berikut kepada jemaah: • Jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Haram perlu hadir terlebih awal dengan membawa bersama kad nusuk, atau • Jemaah boleh menunaikan solat Jumaat dengan mengikuti Imam di Masjid al- Haram dengan syarat saf bersambung, atau • Jemaah boleh mencari masjid berdekatan untuk menunaikan solat Jumaat, atau • Sekiranya terlewat, mempunyai keuzuran tidak boleh keluar hotel maka adalah disarankan untuk menunaikan solat zohor sahaja di hotel penginapan. Perlu diingatkan kefardhuan menunaikan solat Jumaat bagi jemaah haji lelaki tidak akan tergugur walaupun dalam keadaan masjid yang penuh sesak dan cuaca yang panas. Jadi, jika keadaan Masjid al- Haram sesak, dinasihatkan agar mendirikan solat Jumaat di masjid berhampiran bangunan penginapan. Jemaah lelaki yang sihat wajib menunaikan solat Jumaat di masjid. Tidak sah solat zohor mereka jika ditunaikan dan dimulakan takbiratil ihram sebelum selesai solat Jumaat di masjid berhampiran. Bagi mereka yang benar-benar uzur Sahaja seperti terlalu tua, tidak berupaya berjalan atau sakit yang serius yang tidak dapat bergerak sahaja yang tidak wajib menunaikan solat Jumaat, sah

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=