E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 703 terabai kerana tidak mendapat penjagaan. Ini semua disebabkan mereka ada keuzuran yang mana kedudukan mereka ini samalah seperti pengembala ternakan dan petugas siqayah”. Berdasarkan kenyataan Imam al-Nawawi, al-Khatib al-Syarbini dan juga hadis Ibnu Umar, ahli siqayah diberikan rukhsah untuk tidak bermabit di Mina, mereka tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Rasulullah SAW tidak menghalang mereka daripada menunaikan ibadat haji bahkan mereka diberi kelonggaran untuk tidak bermabit di Muzdalifah dan Mina disebabkan menjaga kebajikan jemaah haji. Dalam konteks masa kini, kategori tugasan ini boleh dianalogikan dengan petugas haji yang sedang mengurus dan menyelaras hal ehwal jemaah haji. Jadi petugas haji dikira mencontohi golongan Siqayah al-Abbas (merujuk kepada tugas atau jawatan penyediaan air kepada jemaah haji di Makkah yang dipegang oleh Al-Abbas Ibn Abdul al-Mutalib) , walaupun dari aspek prosedur dan situasi bertugas mereka agak berbeza. Penyelesaian: Petugas yang menjalankan tugas dan tidak dapat bermabit di Mina seperti mana yang ditetapkan adalah dikecualikan daripada bermabit dan tidak dikenakan dam dengan mengkiaskan kepada siqayah al-Abbas yang diberikan kelonggaran untuk tidak bermabit. Walau bagaimana pun, jika petugas tersebut berusaha untuk bermabit walau sedikit pun pada waktu malam atau sedikit sebelum subuh adalah dibolehkan. Begitu juga sekiranya petugas tersebut boleh mengubah atau menukar jadual giliran bertugas (shif tugas) mereka bagi memberi laluan dan kesempatan bagi mereka bermabit di Mina adalah terlebih baik bagi mereka. Paling tidak mereka berusaha untuk bermabit secara minimum berdasarkan had yang dibenarkan oleh syarak untuk diambil kira sebagai bermabit. KESEBELAS Pelaksanaan solat Jumaat di hotel. Terdapat cadangan melaksanakan solat Jumaat di hotel memandangkan pertimbangan berikut: • Kawasan Masjid al-Haram melaksanakan peraturan ketat untuk jemaah yang hanya mempunyai tasrih. • Jemaah perlu datang lebih awal untuk mendapat tempat yang selesa di Masjid al-Haram • Jika terpaksa menunaikan solat di luar Masjid al-Haram, suhu adalah sangat panas dan dibimbangi akan mendatang kemudaratan kepada jemaah. Ulasan: Solat Jumaat adalah satu solat secara berjemaah yang wajib dilaksanakan bagi lelaki yang baligh, beraqal, merdeka, bermukim, sihat dan tidak uzur. Dalil solat Jumaat ini telah jelas disebut oleh Allah SWT dalam surah Jumaat melalui firman-Nya: أَيّ يَا • الَذَينَ هَا آمَنُوا نُودَيَ إَذَا لَلصَلََةَ يَ مَن • الُْجمُعَةَ وْمَ فَاسْعَوْا ََ لَ اللَ ذَكْرَ إ • الْبَ وَذَرُوا هَ • ۚ يْعَ ٰ ْ ذَلَكُم ٰ ْْ إَن لَكُمْ خَي تَ كُنتُمْ • عْلَمُونَ Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).(Surah al- Jumu’ah, 62:9) Daripada Tariq bin Syihab RA, bahawa Nabi SAW bersabda: الُْجمُعَةُ حَقّ كُلَّ عَلَى وَاجَب مُسْلَم Terjemahan: “Solat Jumaat adalah hak yang wajib ke atas setiap lelaki Muslim.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 1067). Dalam al-Fiqh al-Manhaji 1/200-201, dinyatakan bahawa solat Jumaat diwajibkan kepada mereka yang memenuhi tujuh syarat berikut iaitu Islam, baligh, berakal, merdeka (bebas), lelaki, sihat, dan bermukim di tempat solat Jumaat didirikan. Adapun solat Jumaat tersebut tidak sah, melainkan setelah memenuhi empat syarat yang berikut
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=