E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 702 kambing) (Imam al-Nawawi, Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim . Dar iIhya’ al -Turath al- ‘Arabi, 9/67). Namun persoalan menggabungkan/berkongsi pelbagai tujuan untuk menyembelih seekor unta atau lembu kepada tujuh bahagian telah menjadi khilaf dalam kalangan ulama. Dalam Irsyad Hukum Haji dan Korban siri 5, disebutkan antara pandangan yang dikemukakan: • Pendapat al- Syafi’eyyah membenarkannya, sebagaimana pendapat Ibn Hajar al -Haitami yang mana menyebutkan bahawa: “Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk korban dan aqiqah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji makan sah hukumnya..” (Lihat al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra . Al- Maktabah al- Islamiyyah, 4/256). • Pendapat al- Hanafiah juga membenarkannya sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn ‘Abidin al-Hanafi di dalam Hasyiah nya iaitu dibenarkan untuk berlaku perkongsian bagi korban dan aqiqah. Ini kerana korban dan juga aqiqah adalah amalan yang keduanya mendekatkan diri kepada Allah SWT (al-qurbah) . (Lihat Rad al- Muhtar ‘ala al -Dur al-Mukhtar . Dar al-Fikr, 6/326). • Manakala dalam kalangan al-Malikiyyah dan juga al-Hanabilah; yang masyhur adalah tidak dibenarkan, bahkan ia tidak sah. Bagi mereka, korban dan aqiqah itu adalah dua sembelihan yang berbeza tujuannya, maka ia tidak boleh disatukan seperti mana dam al- Tamattu’ dan juga dam al-Fidyah ( Fatawa Yas’alunak oleh Prof. Dr. Husamuddin ‘Afanah. Maktabah Dandis, 4/350). (rujuk dlm. Irsyad Hukum Haji dan Korban siri 5: https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/edisi-haji-korban/1070) . Penyelesaian: Merujuk kepada permasalahan kes menggabungkan pelbagai tujuan sama ada untuk korban, aqiqah, kaffarat, dan lain-lain untuk menyembelih seekor unta, maka pandangan al- Syafi’eyyah dan al-Hanafiah boleh diambil kira untuk pelaksanaan iaitu membenarkan untuk berlaku perkongsian atau menggabungkan pelbagai tujuan pada seekor haiwan. Ini berdasarkan masing-masing adalah amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT (al-qurbah) . KESEPULUH Kes petugas di Jeddah yang bertugas mengawal di Jamarat selama dua jam shif, malam tidur di Shisha, dibimbangi ia tidak dapat mencukupkan waktu bermabit di Mina. Bagaimana kedudukannya sekiranya tidak cukup waktu bermabit? Ulasan: Bermabit di Mina adalah antara perkara wajib dalam ibadat haji. Menurut pendapat al- Ashah dalam mazhab Al- Syafi‘e, bahawa bermalam di Mina pada hari -hari Tasyriq adalah salah satu daripada wajib- wajib haji (jumhur fuqaha’ mazhab Syafi’e, Hanbali dan Maliki). Jika tidak dilakukan oleh orang yang mengerjakan ibadat haji tanpa mempunyai sebarang keuzuran yang diizinkan, maka dikenakan dam. Waktunya bermabit ialah daripada terbenam matahari sehingga terbit fajar pada hari-hari Tasyriq iaitu malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah pada kadar melebihi setengah malam walaupun seketika. Manakala orang yang dikategori uzur tidak dikenakan dam. Antara kategori orang yang uzur tersebut seperti yang disebut oleh Imam Al-Nawawi dalam Al-Idhah fi Manasikil Hajji wal Umrah ialah petugas/pelayan yang memberi minum jemaah haji. Hadis Riwayat Ibnu Umar bermaksud: “Al -Abbas Ibnu Abdul Mutalib telah memohon izin daripada Rasulullah SAW untuk bermabit di Makkah pada malam-malam (hari Tasyriq) di Mina bagi melaksanakan tugas siqayah, maka baginda SAW mengizinkan baginya.” (HR. Al -Bukhari, 1634). Al-Khatib al-Syarbini juga (dlm. Mughni al-Muhtaj, 1/507) ada memperkatakan hal ini: “diberikan keuzuran daripada bermabit dan tidak wajib dam bagi orang yang bimbang terhadap nyawa, atau harta, atau terlepas untuk mendapatkan sesuatu seperti mencari hamba yang hilang atau pesakit

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=