E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 701 الزَعْفَرَانُ أَوْ وَرْس Terjemahan: “Jangan dipakai baju, serban, seluar, jubah yang ada penutup kepala, khuf (stokin kulit) kecuali jika seseorang tidak mendapati selipar maka pakailah khuf yang telah dipotong apa yang menutup bahagian buku lali dan janganlah memakai pakaian yang telah terk ena za‘faran atau wars (sejenis minyak wangi).” (Hadis Riwayat al -Bukhari). Imam Al-Nawawi (dlm. Idhah fi Manasik al-Haj wa al-Umrah ) memberikan penjelasan bahawa diharamkan memakai atau menggunakan pakaian yang mengikut bentuk badan atau anggota disebabkan oleh ia meliputi (menutupi) mengikut badan atau anggota tersebut, sama ada pakaian tersebut (dicantumkan) secara jahitan atau tidak seperti baju, seluar, jubah dan lain-lain. Adapun, sekiranya tidak ada pada pakaian tersebut makna meliputi (menutupi) sebagaimana yang disebutkan, maka tidakmengapamenggunakannya sekalipun ia berjahit sepertimenggunakan baju atau jubah sebagai selimut ketika tidur. Maka bagi jemaah lelaki antara yang dilarang semasa dalam ihram ialah menutup kepada atau sebahagiannya dengan menggunakan songkok, kopiah, serban, kain ihram dan sebagainya. Jika seorang lelaki yang berada dalam ihram memakai pakaian yang dilarang dalam kategori ini kerana terlupa atau tidak sengaja, hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut dengan segera apabila dia ingat atau diperingatkan, dia dikira tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Tetapi jika melengah- lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian, maka berdosa dan dikenakan dam takhyir dan taqdir (Ibadat Haji : Umrah & Ziarah, Lembaga Tabung Haji 2015). Manakala jika anggota badan itu terluka, maka ia boleh dibaluti dengan kain dan sebagainya melainkan jika tempat luka tersebut adalah Kawasan yang tidak boleh ditutup semasa berada dalam ihram. Imam Nawawi dalam Syarah al-Muhazzab (dlm. Al-Bahr al-Mazi Jilid Ke-6, masalah 180 membalut luka orang yang ihram apa hukumnya?) “telah berkata ashab kami, jikalau adalah atas yang ihram itu luka, maka diikatnya satu perca kain di atas lukanya itu, maka jika ada dia pada lain daripada kepala maka tiada fidyah. Dan jika ada ia pada kepala nescaya lazim akan dia oleh fidyah kerana ditegahkan tutup kepala dengan yang berjahit dan lainnya, tetapi tiada berdosa kerana uzur atasnya.” Penyelesaian: Justeru permasalahan kes seorang jemaah haji lelaki yang telah mengalami luka di kepala dan dibaluti oleh petugas kesihatan, maka ia dikenakan dam, namun dikira tidak berdosa disebabkan keuzuran yang dihadapinya itu. KESEMBILAN Menggabungkan pelbagai tujuan untuk menyembelih seekor unta. Adakah dibolehkan? Ulasan: Keharusan untuk berkongsi korban seekor haiwan badanah (unta dan lembu) oleh tujuh orang berpandukan hadis Jabir RA: خَرَجْنَا مَعَ بَلََْحجَّ مُهَلَّيَْ وَسَلَمَ عَلَيْهَ اُلل صَلَى اَلل رَسُولَ : « فَأَمَرَنَا وَالْبَ الَْبَْلَ فََ تََكََ نَشْ أَنْ وَسَلَمَ عَلَيْهَ اُلل صَلَى اَلل رَسُولُ • سَبْ كُلّ قَرَ، • فََ مَنَا عَة بَدَنَة Terjemahan: Kami keluar bersama Rasulullah SAW dalam keadaan berihram haji lalu Baginda menyuruh kami bersekutu dalammenyembelih korban unta dan lembu, tujuh bahagian korban dibahagi tujuh orang (Hadis Riwayat Imam Muslim,1318) Perkongsian kepada tujuh bahagian ini juga berdasarkan sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah RA yang mana menyebutkan: عَامَ وسلم عليه الله صلى الََلَ رَسُولَ مَعَ نَرََْنَا الُْحدَيْبَيَةَ الْبَدَنَةَ سَبْ عَنْ • وَالْبَ عَة • سَبْ عَنْ قَرَةَ • عَة Terjemahan: Kami telah melakukan korban bersama-sama Rasulullah SAW pada tahun Hudaibiyah dengan unta yang dikongsi dengan 7 bahagian dan lembu yang dikongsi dengan 7 bahagian (Hadis Riwayat Muslim,1318, Abu Daud, 2809) & Al- Tirmizi, 1502). Imam al-Nawawi mengatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kebolehan untuk isytirak (berkongsi) seekor unta atau lembu untuk tujuh bahagian (yang setiap satunya mewakili seekor
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=