E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 700 hanya sebagai istimsak (sokongan bagi bahagian yang sakit). • Begitu juga jika sakit itu pada anggota tayammum yakni muka dan tangan sehingga ke siku. Bagaimana pun, mengikut mazhab Maliki, Hanafiah, Hanabilah dan pendapat syaz dalam mazhab Syafie seperti kata Imam Nawawi, jabirah tidak semestinya dipasang ketika taharah untuk mendapatkan rukhsah tidak perlu diqadha’kan kerana ia sangat susah secara reality (Dirujuk dari al- Mausu’ah al - Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah , 15/108- 109). Berdasarkan pandangan dalam Al-Kafi #561 tersebut, berpendapat jika hanya rawatan biasa yang memerlukan memasang jarum dan tampalan penguatnya pada anggota wuduk hanya beberapa jam, atau beberapa hari, bolehlah disapu air dan dilakukan tayammum, dilaksanakan solat fardhu, dan diqada’kan apabila sudah sembuh jika ditampal pada bukan pada waktu taharah. Namun jika rawatannya mengambil masa yang lama, dan mendatangkan kesukaran kepada pesakit, bolehlah bertaqlid kepada mazhab lain dengan hanya menyapu air atas balutan, tanpa perlu melakukan tayammum, dan tidak perlu diqada’. Mereka berdalil zahir riwayat yang mauquf pada Ibn Umar RA yang disebut oleh Imam al-Baihaqi dan dinaqalkan juga oleh Imam al-Nawawi dalam al- Majmu’ (2/324-325) : عَنْ الَلَُ رَضَيَ عُمَرَ ابْنَ أَنَ • تَ هُمَا • وَكَفّهُ وَضَأَ مَعْصُوبَة فَمَسَحَ عَلَيْ • وَعَلَى هَا الْعَصَابَةَ ذَلَكَ سَوَى مَا وَغَسَلَ Terjemahan : Sesungguhnya Ibn Umar RA berwuduk dan tangannya dalam keadaan berbalut, lalu dia menyapu (air) ke atas tangannya serta ke atas balutan, serta membasuh yang selainnya. (Berkata Imam al-Baihaqi: “Dan riwayat ini sahih daripada Ibn Umar.”). Penyelesaian: Berdasarkan permasalahan ini, jemaah tersebut hendaklah melaksanakan solat serta bertayammum kerana bahagian yang dibalut tidak boleh terkena air, dan sekiranya ia mahu, solatnya itu boleh diqada’ kembali selepas sihat atau tidak diqada’kan, terpulang ke a tasnya. Menurut pendapat Muqabil al-Azhar dalam mazhab Syafi’ie, pendapat al -Hanafiyah dan al-Malikiyah, Sohibul Jabirah hanya perlu membasuh anggota wuduknya yang sihat dan menyapu pada jabirahnya. Adalah digalakkan untuk melakukan i’adah (mengulangi) solat yang dilakukan dengan wuduk sohibul jabirah (Rujuk Resolusi Muzakarah Haji Kali Ke-20 Musim Haji 1425H/2004M, berkaitan tayammum dan wuduk sohibul jabirah serta permasalahannya). ELAPAN Seorang jemaah haji lelaki telah mengalami luka di kepala dan dibalut oleh petugas kesihatan. Adakah dikenakan dam? Ulasan: Apabila seseorang berniat untuk melakukan ibadat haji atau umrah maka dia akan berada dalam ihram. Seperti yang termaklum bahawa seseorang yang berada di dalam keadaan berihram sama ada lelaki atau perempuan (ada sedikit perbezaan antara perkara-perkara yang dilarang terhadap lelaki dan perempuan yang berihram) dikehendaki menjaga larangan- larangan yang telah ditetapkan oleh syara’. Jika larangan-larangan tersebut dilanggari oleh orang yang berihram, maka jemaah haji atau umrah tersebut akan dikenakan dam mengikut bentuk larangan yang telah dilakukan olehnya. Bagi jemaah lelaki, antara yang menjadi larangan kepada mereka ialah memakai baju, serban, seluar, khuf (stoking kulit) dan baranis (jubah yang ada penutup kepala). Ini berdasarkan sabda Nabi SAW daripada Ibn Umar RA yang mana seorang lelaki telah datang bertemu Rasulullah SAW dan bertanyakan tentang pakaian apa yang perlu dipakai oleh orang yang sedang berihram. Lalu Baginda SAW menjawab: يَ لَ • لْبَسُ الْقُمُصَ الْعَمَائَمَ وَلَ وَلَ السَرَاوَيلََتَ الْبَاََنَسَ وَلَ الْفََْافَ وَلَ إَلَ ، نَ يَدََُ لَ أَحَد • فَ عْلَيَْْ • لْيَ • لْبَسْ خُفَيَْْ، وَلْيَ • قْطَعْهُمَا أَسْفَلَ الْكَعْبَيَْْ، مَنَ تَ وَلَ • لْبَسُوا الثَّيَابَ مَنَ شَيْ • مَسَهُ ئا

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=