E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 699 dan amalan yang ternyata akan mengganjari mereka dengan gandaan yang besar tersebut. KETUJUH Seorang jemaah/pesakit duduk di Fajr Badi’ telah jatuh di Madinah di Hotel Imar, pegawai perubatan telah meletakkan anduh dan pengampu. Mendatangkan kesusahan untuknya wuduk kerana pesakit telah berusia, berada seorang diri pula, dan alat tersebut agak sukar untuk dibuka dan dipasang kembali. Bagaimana cara terbaik untuk dia berwuduk dan apakah status solat yang dilakukannya? Ulasan: Wuduk pada syarak ialah perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu beserta dengan niat (al-Fiqh al-Manhaji, 2012). Perbuatan dan anggota-anggota tersebut ialah iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun- rukun yang tertentu. Firman Allah berkenaan cara pengambilan wuduk tersebut dan keperluan untuk bertayammum sekiranya seseorang itu didapati uzur termasuk diletakkan ampu, pengampu, atau dibalut dengan balutan ( al-Jabirah ): يَ • أَٓيّ ٰٰ • ٱلَذَينَ هَا ءَامَنُ • وٓا ٰ إَلََ قُمْتُمْ إَذَا َ وةَ ٱلصَل فَٱغْسَلُوا وُجُوهَكُمْ إَلََ وَأَيْدَيَكُمْ ٱلْمَرَافَقَ وَٱمْسَحُوا بَرُءُوسَكُمْ ٱلْكَعْبَيَْْ إَلََ وَأَرْجُلَكُمْ ٰۚ جُنُ كُنتُمْ وَإَن • ۭا ب فَٱطَهَرُوا ٰۚ ىٓ مَرْ كُنتُم وَإَن َ ض َ ى أَوْ عَل َ آءَ أَوْ سَفَر ۭ ج أَحَد مَّنَ مَّنكُم َ آئَطَ ٱلْغ » أَوْ َ ل • َ آءَ مَسْتُمُ ٱلنَّس فَ • لَمْ َ آءۭ تَدََُوا فَ م • تَ • يَمَمُوا ۭا ۭا صَعَيد طَيَّب فَٱمْسَحُوا بَوُجُوهَكُمْ مَّنْهُ وَأَيْدَيكُم Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu (Surah al-Maidah, 5:6). Sekiranya seorang pesakit perlu meletakkan balutan, maka ketika itu ia wajib melakukan tiga perkara iaitu membasuh bahagian yang selamat (tidak sakit) pada anggota yang luka atau patah, kemudian menyapu seluruh balutan dan ikatannya, serta bertayammum sebagai ganti membasuh bahagian yang sakit apabila sampai kepada angota tersebut ketika berwuduk. Sekiranya balutan di atas anggota yang luka atau patah tidak diperlukan, maka ia wajib membasuh bahagian anggota yang sihat dan bertayammum bagi menggantikan bahagian yang luka sekiranya ia tidak boleh membasuh tempat sakit/luka tersebut. Ia wajib mengulangi tayammum pada setiap kali solat fardhu sekali pun ia tidak berhadas. Manakala anggota-anggota lain ia tidak wajib dibasuh semula melainkan sekiranya ia berhadas (al-Fiqh al-Manhaji, 2012). Manakala menurut Al-Kafi Lil Fatawi (Al-Kafi #561: Kaedah Wuduk Bagi Pesakit Yang Ditampal Jarum), https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/970-al- kafi-56) , bahawa pendapat yang muktamad dalam mazhab al-Syafie disyaratkan hendaklah ketika memasang jabirah itu: • Orang yang terbabit berada dalam keadaan taharah. Yakni sudah mengambil wuduk sebelum itu. Ini diqiyaskan dengan hukum sapuan di atas khuf (stokin/kasut kulit). Jika jabirah dipasang bukan dalam keadaan taharah dengan air maka hendaklah tetap melakukan solat fardu, tetapi tidak boleh menjadi imam dan solat itu hendaklah diqadha'kan setelah sudah sembuh atau tidak memerlukan jabirah. • Solat juga diqadha'kan, jika tampalan jarum pada bahagian yang sihat secara berlebihan, tidak
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=