E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 698 Begitu juga dengan Syeikh Ibn Bāz melalui pandangannya yang bermaksud: "Dalil -dalil syarak menunjukkan bahawa pahala digandakan pada waktu dan tempat yang mulia, seperti bulan Ramadan, sepuluh awal Zulhijjah, dan tempat seperti dua Tanah Haram. Pahala di Makkah dan Madinah adalah sangat besar. Dalam hadis sahih, Nabi ﷺ bersabda: “Solat di masjidku ini lebih baik daripada 1000 solat di tempat lain, kecuali Masjid al- Haram, dan solat di Masjid al-Haram lebih baik daripada 100,000 solat di masjidku ini.” (Riwayat Ahmad & Ibn Hibban dengan sanad sahih). Hadis ini menunjukkan bahawa solat di Masjid al-Haram digandakan 100,000 kali berbanding selain Masjid al-Nabawi yang gandaan adalah 1000 kali. Manakala amalan lain juga digandakan, namun tiada dalil yang menetapkan jumlah gandaan tertentu. Yang ada hanyalah dalil umum yang menunjukkan pahala digandakan, tetapi tanpa had yang jelas.” Walau bagaimanapun terdapat sebahagian ulama lain yang berpendapat bahawa semua amalan yang mendekatkan diri kepada Allah (ibadah qurbah) akan digandakan pahalanya semasa berada di Makkah sebanyak 100,000 kali, bukan terhad kepada solat semata-mata. IbnuHajar al-Haitami al- Syafi‘i menyebut dalam al- Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra tentang gandaan pahala di Makkah: "Bahkan semua ibadah digandakan. Dalam hadis sahih atau hasan disebutkan bahawa satu kebaikan di Tanah Haram menyamai 100,000 kebaikan, bukan hanya solat sebagaimana yang telah dijelaskan." Manakala hadis yang dirujuk ini bermaksud: diriwayatkan oleh al-Hakim, al- Baihaqi dan Ibn Khuzaimah secara marfū‘ yang mengatakan "Sesiapa yang menunaikan haji dari Makkah dengan berjalan kaki dan kembali ke Makkah, maka Allah akan tulis baginya pada setiap langkah 700 kebaikan, setiap satu menyamai kebaikan di Tanah Haram." Ditanya: "Apakah kebaikan di Tanah Haram itu?" Baginda bersabda: "Setiap satu kebaikan menyamai 1000,000 kebaikan." Para ulama berbeza pendapat tentang kesahihan hadis ini. Antaranya, al-Hakim mengesahkannya, tetapi al- Zahabi menolaknya dengan berkata: “Hadis ini tidak sahih. Saya bimbang ia palsu.” Salah seorang perawinya, ‘Isa, menurut Abu Hatim adalah perawi yang mungkar hadisnya. Ibnu al-Jawzi dan al-Albani juga menganggap hadis ini lemah (https://www.islamweb.net/ar/fatwa/118998/) .Zulkifli bin Mohamad al- Bakri (dlm. Kelebihan Solat di Masjid al-Haram: Adakah Ibadah Lain Juga Sama?) menukilkan bahawa Imam al-Nawawi dalam kitab al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al- ’Umrah menyebut: “Semua jenis solat digandakan pahalanya di Makkah, begitu juga dengan semua jenis ketaatan. Sebahagian ulama’ juga menyatakan bahawa dosa melakukan kejahatan juga digandakan. Antara yang mengatakan sedemikian ialah Mujahid dan Ahmad bin Hanbal.” Al-Hasan al-Basri juga berkata: “Puasa sehari di Makkah bersamaan seratus ribu, sedekah sebanyak satu dirham bersamaan dengan seratus ribu. Setiap kebajikan bernilai seratus ribu. Sesungguhnya disunatkan untuk memperbanyakkan solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran dan semua jenis ketaata n yang dia mampu untuk lakukan.” (Lihat al-Taudhih Syarh al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al- ’Umrah ). Syeikh Abdullah al-Bassam (lihat Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, 4/203) pula menyebut: “Para ulama’ berbeza pendapat, adakah gandaan pahala tersebut khusus untuk solat sahaja, atau juga pada amalan-amalan soleh yang lain. Pendapat yang sahih adalah ia bersifat umum. Para ulama’ juga berbeza pendapat mengenai gandaan pahala, adakah hanya terbatas pada Masjid al -Haram sahaja, atau mencakupi tanah haram secara umum? Pendapat yang sahih adalah mencakupi keseluruhan tanah haram. ” (dlm . https://zulkiflialbakri.com/3952/) . Penyelesaian: Berdasarkan permasalahan kes yang ditanya tentang hal ini, jika dilihat kepada pandangan yang dikemukakan para ulama dalam ulasan di atas, maka bolehlah dinyatakan bahawa semua jenis solat dan semua jenis ketaatan yang dilakukan semasa berada di Tanah Haram khususnya di Masjid al-Haram akan mendapat ganjaran 100,000 kali ganda, berbeza dengan yang lainnya. Pandangan ini adalah bagi membuka ruang dan memperluaskan peluang kepada setiap jemaah haji untuk memperoleh ganjaran yang besar ini. Semoga jemaah haji kita lebih bersemangat dan tidak akan melepaskan peluang ini semasa keberadaan mereka di Tanah Suci untuk melakukan setiap amal ibadat

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=