E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 697 Aqsa. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: تُشَدّ لَ الرَّحَالُ ثَلََثَةَ إَلََ إَلَ مَسَاجَدَ : الَمسْجَدَ الَحرَامَ، وَمَسْجَدَ الرَسُولَ وَسَلَمَ، عَلَيْهَ اُلل صَلَى القََْصَى وَمَسْجَدَ Terjemahan: “Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu masjid al-Haram, masjid Rasulullah SAW dan juga masjid al- Aqsa”. (Riwayat al -Bukhari, 1189). Manakala persoalan berkaitan kelebihan 100.000 kali ganda bagi yang bersolat di masjid al- Haram adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah RA bahawa Nabi SAW bersabda: فََ صَلََة مَسْجَدَي أَفْضَلُ هَذَا أَلْفَ مَنْ إَلَ سَوَاهُ، فَيمَا صَلََة الْمَسْجَدَ الَْحرَامَ، فََ وَصَلََة الْمَسْجَدَ الَْحرَامَ أَفْضَلُ أَلْفَ مَائَةَ مَنْ سَوَاهُ فَيمَا صَلََة Terjemahan: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram. Dan solat di Masjid al-Haram lebih baik daripada 100 ribu solat di tempat lain”. (Riwayat Ahmad, 15271; Sanadnya adalah sahih mengikut syarat Imam al -Bukhari menurut Syeikh Syuaib al-Arnaouth ketika beliau mentakhrijkan hadis ini di dalam musnad Ahmad). Terdapat beberapa pandangan ulama berkenaan dengan ganjaran 100,000 ini dari aspek tempat sama ada hanya di dalamMasjid al-Haram ataupun meliputi Tanah Haram. IrsyadAl-Hadith Siri Ke-130 berkaitan isu Ganjaran Solat di Masjid al-Haram, lebih cenderung mengatakan bahawa ganjaran yang besar atau gandaan pahala itu diperolehi bagi sesiapa yang menunaikan solat di masjid al-Haram dan ia juga meliputi Tanah Haram keseluruhannya. Pandangan ini diambil berdasarkan pendapat Atha’ bin Abi Rabah berdasarkan hadis di dalam musnad Abi Daud al-Thoyalisi. Begitu juga, ia juga merupakan pendapat al-Zarkashi dan juga al- Ruyani. Ganjaran ini meliputi keseluruhan Tanah Haram termasuk Masjid al-Haram. Pendapat ini dipegang oleh mazhab Hanafi mengikut pendapat yang masyhur, mazhab Maliki dan juga mazhab al- Syafie yang menyatakan bahawa ganjaran yang besar ini meliputi Tanah Haram Makkah keseluruhannya. ( Mausu’ah al -Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah , 239/37). Antara dalil bagi menyokong pendapat ini terdapat di dalam musnad Abi Daud al-Thoyalisi: الفَضْلُ هَذَا ، محمد أَبََ يَا الَذَي فََ تَذْكُرُ الَمسْجَدَ الَحرَامَ الََحرمَ؟ فََْ أَوْ وَحْدَهُ قَالَ : الَحرَمَ فََْ بَلْ لَ الَحرَمَ فَإَنَ مَسْجَد كُلَهُ Terjemahan: “Atha’ telah ditanya: Wahai Abu Muhammad (Atha’ bin Abi Rabah), kelebihan yang kamu sebutkan ini hanya pada masjid al-Haram sahaja ataupun pada Tanah Haram? Maka beliau menjawab: Tidak, bahkan ia pada Tanah Haram kerana Tanah Haram semuanya adalah masjid” (Lihat: Musnad al-Thoyalisi , no. Hadith 1464, 707/2). Begitu juga dengan pandangan ulama berkenaan dengan ganjaran 100,000 ini dari aspek bentuk amalan yang dilakukan selain daripada solat sebagaimana yang menjadi kes permasalahan dalam soalan ini. Terdapat dua pandangan yang dikemukakan, ada yang berpandangan gandaan pahala ini pada solat sahaja, dan ada juga yang berpandangan gandaan ini merangkumi ibadat-ibadat lain. Sebahagian ulama berpendapat bahawa gandaan 100,000 ini hanya berlaku untuk solat sahaja, bukan bagi ibadah-ibadah selainnya. Syeikh Ibn ‘Uthaymin berkata: "Jika ada yang bertanya: Adakah semua amalan soleh turut digandakan sebanyak ini iaitu100,000 kali? Jawapannya: Gandaan dengan bilangan tertentu adalah perkara tawqifi (terikat dengan dalil). Ia memerlukan dalil yang khusus dan tidak boleh dibuat qiyas (analogi). Jika ada dalil sahih yang menetapkan gandaan bagi amalan lain, maka kita terima. Namun, tidak dinafikan bahawa tempat dan waktu yang mulia mempunyai kesan dalam menggandakan pahala, sebagaimana disebut oleh para ulama bahawa pahala kebaikan digandakan pada waktu dan tempat yang mulia. Tetapi jika ingin menetapkan bilangan gandaan tertentu, maka ia memerlukan dalil khusus”.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=