E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 696 (https://zulkiflialbakri.com/5651/) . Dalam riwayat Aisyah RA, beliau berkata : يا الََلَ، رَسولَ اعْتَمَرْتُُْ أعْتَمَرْ، ولََْ فَقالَ : عَبْدَ يا الرَحْنََْ، اذْهَبْ بُأخْتَكَ ، فأعْمَرْها التَ مَنَ • نْعَيمَ، فأحْقَبَها على ناقَة فاعْتَمَرَتْ Terjemahan : “Wahai Rasulullah, kamu semua sudah menunaikan umrah sedangkan aku masih belum. Kemudian baginda bersabda: ‘Wahai Abdurrahman, pergilah bersama saudaramu ini dan mulakanlah umrah dari Tan'im.’ Maka, Abdurrahman menaikkan Aisyah ke atas untanya, kemudian Aisyah melaksanakan umrah.” (Riwayat al-Bukhari,1518 & Muslim, 1211) Dengan itu, mana-mana jemaah yang ingin mengerjakan umrah semasa berada di Makkah sama ada mereka penduduk Makkah atau orang asing, mereka wajib keluar dari Tanah haram untuk berihram umrah ke Tanah Halal yang terdekat walaupun selangkah. Namun, jika berihram di Makkah, umrahnya tetap sah, tetapi wajib membayar dam . (Lihat al-Fiqh al-Manhaji , 2/131). Adapun makna niat ialah “ iradat jazimah ” iaitu kehendak yang tetap dan yakin (lihat al-Fiqh ‘ala al -Mazahib al- Arba’ah , 1/167). Ini Adalah berdasarkan kepada mafhum niat yang tempatnya di dalam hati. Jadi niat adalah memaksudkan sesuatu berserta dengan perbuatannya dan tempat niat itu adalah di dalam hati. Sebagai contoh sesiapa berazam di dalam hatinya untuk solat maka dia telah niat dan tidak disyaratkan berlafaz dengannya. Pengambilkiraan niat berdasarkan apa yang tetap pada hati dan keazamannya (lihat Kertas Kerja Permasalahan Hukum Dalam Masa Ibadat Haji 1439H). Penyelesaian: Adapun berkaitan dengan kes jemaah ini dalam permasalahan yang dikemukakan ini, ia dikira telah berniat umrah di miqat dengan mengambil qarinah tujuan ia pergi ke Tan’im dengan berpakaian ihram dan juga telah melakukan solat sunat ihram. Niat/qasad haji atau umrah yang disertai dengan perbuatan seperti telah mandi sunat ihram, telah solat sunat ihram dan sebagainya yang berkaitan dengan ihram dikira sah niat ihram umrah/haji walaupun tidak dilafazkan dengan lafaz niat iaitu “sahaja aku mengerjakan umrah/haji dan berihram dengannya kerana Allah Ta‘ala” (R aihanah Azahari dlm. Soalan 10, Pemasalahan Ibadat Haji Musim Haji 1433H, Muzakarah Haji Kali Ke-29 Musim Haji 1434H/2013M). KEENAM Adakah ganjaran pahala melaksanakan solat di Masjid al-Haram sebanyak 100,000 juga dikira untuk semua amalan lain termasuk bersedekah, puasa, zikir, doa, korban dan sebagainya? Ulasan: Masjid al-Haram ialah masjid suci paling agung dalam Islam yang terletak di kota Makkah al- Mukarramah, Arab Saudi. Di dalam masjid ini terletak rumah Allah iaitu Baitullah atau dinamakan Ka'bah yang menjadi arah kiblat bagi seluruh umat Islam apabila inginmengerjakan ibadah solat. Masjid ini merupakan kiblat bagi seluruh umat Islam di dunia dan menjadi pusat ibadah haji serta umrah. Ia dijadikan sebagai tempat beribadah bagi seluruh umat manusia (yang beriman) sama ada yang menetap di situ atau yang datang berziarah. Firman Allah SWT: إَنَ الَذَينَ كَفَرُوا وَيَصُدّونَ اللَ سَبَيلَ عَن • هَ وَالْمَسْجَدَ الَْحرَامَ الَذَي لَلنَاسَ جَعَلْنَاهُ الْعَاكَفُ سَوَاء وَالْبَادَ فَيهَ Terjemahan: “Sesungguhnya (amatlah zalim) orang -orang yang kafir serta menghalang manusia dari jalan Allah (agama Islam) dan dari memasuki Masjid al- Haram (Makkah) yang Kami jadikan ia sebagai tempat beribadah bagi seluruh umat manusia (yang beriman) sama ada yang menetap di situ atau yang datang berziarah”. (Surah al -Hajj, 22:25). Masjid ini telah melalui beberapa proses pembangunan, terutamanya pada zaman Khulafa’ al- Rasyidin, kerajaan Uthmaniyyah, dan kini di bawah kerajaan Arab Saudi. Kini, ia menjadi masjid terbesar di dunia, mampu menampung jutaan jemaah pada musim haji. Masjid al-Haram adalah sebaik-baik tempat di muka bumi, kita digalakkan bersungguh- sungguh musafir kepadanya sama ada menunaikan ibadat haji ataupun umrah. Keagungannya diakui sendiri oleh Rasulullah SAW yang menunjukkan larangan untuk kita menyusahkan diri bermusafir melainkan pada tiga buah masjid sahaja iaitu masjid al-Haram, Masjid al-Nabawi dan juga Masjid al-

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=