E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 695 • Peringkat Teruk ( severe dementia ); Seseorang yang mengalami dementia peringkat ini akan lebih teruk daripada peringkat sederhana. Dia akan mengalami pertuturan yang tidak jelas, sukar untuk memahami arahan yang diberikan, sukar untuk melakukan pekerjaan yang senang seperti mandi atau makan, tidak mengingati waktu-waktu solat dan cara solat yang betul, bermasalah dari aspek pergerakan seperti mudah terjatuh, perlu dipimpin, dan tidak boleh berdiri tegak, bermasalah psikosis dan tingkah laku di luar kawalan seperti bersikap ganas, tidak kisah tentang situasi sekeliling, tidak bermotivasi melakukan aktiviti harian, sukar untuk tidur dan suka merayau-rayau di waktu malam. Penyelesaian: Melihat kepada permasalahan kes ini, jemaah ini masih boleh dikategorikan menghidap dementia pada peringkat ringan ( mild dementia ). Ini berdasarkan beliau hilang ingatan sementara melalui perlakuannya yang telah memakai ihram semasa tiba di Jeddah, tetapi ia lupa akan keberadaannya dalam ihram apabila sampai di Makkah. Beliau masih boleh mengerjakan haji, cuma ia memerlukan kepada bimbingan, pengawasan dan peringatan oleh saudara yang terdekat. Maka beliau perlu diingatkan tentang keberadaannya dalam ihram dan akan melakukan beberapa bentuk ibadat lagi bagi menyempurnakan umrah atau haji. Manakala jika pesakit dementia tersebut telah berada pada peringkat sederhana ( moderate dementia ) sedangkan ia telah pun berada di Makkah, maka jemaah ini masih boleh meneruskan ibadat hajinya, namun memerlukan kepada seorang pembimbing yang akan sentiasa memerhati dan membimbingnya dalam setiap pelaksanaan ibadat haji. Manakala pesakit dementia peringkat teruk ( severe dementia ), tidak dibenarkan lagi mengerjakan ibadat haji (Resolusi Muzakarah Haji Kali Ke-22, Musim Haji 1427H/2006M yang memperakukan pembentangan laporan “post mortem” Operasi Haji bertajuk Pendekatan Terbaik Mengatasi Jemaah Haji Lanjut Usia Yang Nyanyuk Apabila Sampai di Tanah Suci). KELIMA Kes jemaah lelaki yang pergi ke Tan’im dengan berpakaian ihram untuk ihram umrah, beliau telah melakukan solat sunat ihram di sana, tetapi sebaliknya mengaku bahawa beliau tidak berniat semasa berada di sana (diceritakan oleh isterinya setelah didesak). Jemaah ini hanya berniat ihram semasa berada di hadapan kaabah, dan menunaikan semua rukun umrah serta bertahallul. Adakah jemaah ini dikenakan dam? Ulasan: Niat dikira sebagai satu kemestian dalam melakukan ibadah. Hal ini adalah berdasarkan kepada sabda Nabi SAW: العََْمَالُ إَنَاََ بَلَنَّ • لَكُلَّ وَإَنَاََ يَاتَ، امْرَئ نَ مَا • وَى Terjemahan: “ Sesungguhnya segala amalan dikira dengan niat dan sesungguhnya setiap orang memperolehi apa yang diniatkan. ” (Riwayat al -Bukhari) Antara definisi niat yang dicatatkan oleh para ulama ialah sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Nawawi iaitu keazaman (tekad) di dalam hati atas setiap perkara yang fardhu dan selain daripadanya ( al- Majmu‘ Syarh al -Muhazzab , 1/310). Ibn ‘Abidin pula mentakrifkan niat secara lebih umum sebagai tujuan melakukan ketaatan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan amal perbuatan (Lihat Rad al- Mukhtar, 1/105). Berdasarkan kepada definisi-definisi ini, kita dapat simpulkan bahawa niat ialah lintasan dalam hati ketika adanya tekad dan keazaman untuk melakukan sesuatu perkara. Berkaitan dengan niat ihram pula, ia adalah rukun pertama utama dalam haji dan umrah. Habib Hasan al-Kaff menyebutkan bahawa ihram bermaksud ialah niat untuk memasuki (memulakan) amalan haji atau umrah dengan cara-caranya. Sekiranya seseorang itu berkeinginan untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah, maka hendaklah dia berniat dalam hatinya dan melafazkan dengan mulutnya secara perlahan ( al-Taqrirat al-Sadidah , hlm. 475-476).

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=