E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 694 Ini telah ditegaskan oleh Rasulullah SAWdalam hadisnya yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA: تَ مَنْ • دَمّ فعليهَ نُسُكا رَكَ Terjemahan: “Sesiapa yang meninggalkan perkara -perkara yang mesti dikerjakan di dalam ibadat haji, maka atasnya dikenakan dam. ” Penyelesaian: Dalam permasalahan kes ini, jemaah telah dibawa ke Makkah dan telah pun diajar untuk berniat ihram, dan dimaklumi kepadanya bahawa ia dikenakan dam kerana niat ihram bukan pada miqatnya. Dam yang dikenakan ialah dam tertib dan taqdir iaitu menyembelih seekor kambing. Jika tidak mampu hendaklah berpuasa 10 hari (iaitu 3 hari di masa haji dan 7 hari apabila ia pulang ke tempatnya). Sekiranya tidak mampu juga, maka hendaklah bersedekah sebanyak 10 cupak makanan asasi. Jika tidak berdaya juga, maka tertanggunglah zimmah ke atasnya. KEEMPAT Kes jemaah haji yang hilang ingatan sementara (dementia). Pakai ihram dari Jeddah sampai Makkah dia telah lupa keberadaannya dalam ihram. Bagaimana status hajinya? Ulasan: Demensia berlaku akibat penyusutan dari segi kemampuan minda seperti masalah kehilangan ingatan atau keliru, dan penurunan kemampuan untuk berfikir, dan melakukan aktiviti harian. Dementia bukanlah proses penuaan yang normal. Ia merupakan suatu penyakit yang boleh menjejaskan fungsi otak secara berperingkat yang membawa kepada kemerosotan keupayaan otak untuk berfungsi dengan baik. Ia adalah satu istilah umum untuk sejenis penyakit pelbagai gejala yang disebabkan oleh kerosakan pada otak. Gejala penyakit dementia ini berlaku dengan cara yang berbeza, bergantung kepada bahagian-bahagian otak yang terjejas. Tanda-tanda dan gejala penyakit dementia ini adalah berbeza bagi setiap individu. Penjagaan kesihatan dan pencegahan dementia perlu dilakukan sepanjang hayat. ( life-course approach towards dementia prevention ). Pendekatan pencegahan dementia adalah sepanjang hayat, sihat sepanjang hayat, dan ceria sepanjang usia. Oleh sebab itu, Penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit dementia ini perlu dilaksanakan sepanjang hayat agar seseorang itu kekal ceria sepanjang usia (https://spm.um.edu.my/2022/06/30/. Profesor Madya Dr. Farizah Mohd Hairi, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya). Secara umumnya, penyakit ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat utama: ringan ( mild ), sederhana ( moderate ), dan teruk ( severe ): • Peringkat ringan ( mild dementia ); Seseorang yang menghadapi tahap dementia ini akan menyebabkan seseorang itu mudah pelupa (kerap hilang barang, lupa pesanan dan temu janji), kurang daya tumpuan untuk membaca, pekerjaan harian mungkin tidak seelok dahulu, terkadang lupa waktu solat namun masih ingat bacaan dan cara solat, sukar mengingati nama rakan walaupun mengecami muka mereka, sukar mengingati jalan yang baharu mudah bawa kepada sesat, ingatan masa muda masih kuat hingga suka sangat bercerita kisah-kisah lama, dan masih waras dan boleh buat keputusan yang wajar. • Peringkat Sederhana ( moderate dementia ); Seseorang yang mengalaminya akan mudah hilang ingatan secara serius, mudah sangat melupai sesuatu walaupun masih baru berlaku, sukar mengenali orang lain, tidak ingat kediaman sendiri, terkadang keluar rumah tidak tahu jalan untuk balik, berkemungkinan timbul masalah menahan kencing dan buang air besar, berkemungkinan mengalami psikosis (dengar suara ghaib, Nampak bayangan tertentu), kadang kala bertingkah laku agak pelik seperti degil atau ganas, mengerjakan solat tidak pada waktunya yang sebenar, dan perlu sentiasa diingatkan tentang waktu solat dan masa untuk mandi.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=