E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 693 wajib haji dan umrah. Justeru bagi jemaah haji atau umrah yang rngin mengerjakan haji atau umrah wajib baginya untuk melakukan niat tersebut semasa berada di miqat atau sebelum melepasi sempadan miqat tersebut. Hadis riwayat Abdullah bin Abbas RA menjelaskan perkara ini: ال لَهََْلَ وَسَلَمَ عَلَيْهَ اُلل صَلَى الََلَ رَسُولُ وَقَتَ • الُحلَيْ ذَا مَدَينَةَ • الشَأْمَ وَلَهََْلَ فَةَ، الُجحْفَةَ، قَ نَدَْ وَلَهََْلَ • ال رْنَ • اليَمَنَ وَلَهََْلَ مَنَازَلَ، يَ • لَمْلَمَ، فَ • يَْْ غَ مَنْ عَلَيْهَنَ أَتَى وَلَمَنْ لَنََُ، هُنَ أَهْلَهَنَ الَحجَ يُرَيدُ كَانَ لَمَنْ وَالعُمْرَةَ Terjemahan: “ Rasulullah SAW menentukan miqat untuk penduduk Madinah ialah Zulhulaifah (atau dikenali juga sebagai Bir Ali), untuk penduduk Syam ialah Juhfah, untuk penduduk Najd ialah Qarn al-Manazil dan untuk penduduk Yaman ialah Yalamlam. Tempat-tempat ini merupakan miqat bagi penduduk negerinya dan orang- orang selain mereka yang berada di tempat itu, bagi sesiapa sahaja yang berniat melaksanakan haji dan umrah. ” Imam al-Nawawi (dlm. Al-Idhah Fi Manasik al-Hajj Wa al- ‘Umrah , hlm. 121-123) berkata: “Apabila seseorang sudah sampai ke miqatnya dan dia mahu menunaikan haji atau umrah, maka wajib untuk dia berihram daripadanya. Jika dia melangkaui miqat tanpa ihram, dia berdosa dan dia mesti kembali ke miqat dan dan berihram daripadanya sekiranya tidak ada keuzuran padanya. Tetapi jika terdapat keuzuran padanya, seperti ketakutan dalam perjalanan atau terputus hubungan dengan rakannya atau waktu yang sempit, maka dia boleh berihram dan meneruskan ibadah nusuknya dan dikenakan dam apabila dia tidak pulang ke miqat. Sekiranya dia kembali ke miqat sebelum berihram dan berihram daripada miqat itu ataupun dia kembali ke miqat selepas berihram dan memasuki Makkah dan sebelum melakukan tawaf atau sesuatu daripada jenis-jenis nusuk, maka dia tidak dikenakan dam. Jika dia kembali ke miqat selepas dia melakukan nusuk, maka damnya tidak gugur. Dam ini diwajibkan bagi mereka yang melepasi miqat tanpa ihram secara sengaja, jahil atau lupa atau diberi keuzuran selain itu. Sesungguhnya perbuatan mereka tersebut itu dipisahkan dengan dosa. Perbuatan tersebut tidak berdosa bagi mereka yang lupa dan jahil tetapi ia berdosa bagi mereka yang melakukannya dengan sengaja. Dengan itu, mana-mana jemaah yang melepasi sempadan miqat tanpa berniat ihram, sama ada dengan sengaja ataupun tidak sengaja seperti terlupa, tertidur dan sebagainya, maka dia hendaklah kembali semula ke miqat, lalu berniat ihram, dan jika dia telah melakukannya (yakni kembali semula ke miqat dan berniat ihram), dia tidak dikenakan dam. Begitulah juga, sekiranya dia tidak mampu untuk kembali semula ke miqat kerana suatu keuzuran yang tertentu, maka dia hendaklah berniat ihram di mana dia berada dan dalam situasi ini, dia dikenakan dam kerana telah meninggalkan salah satu daripada perkara-perkara wajib haji dan umrah (Zulkifli Mohamad al-Bakri, #595 Terlupa Berniat Ihram di Miqat, dlm . https://zulkiflialbakri.com/595-terlupa- b erniat-ihram-di-miqat/) . Begitu juga disebut dalam soal jawab Manasik Haji & Umrah (Said Hj. Ibrahim, 1992), mereka yang tidak berihram di miqat dengan sebab terlupa atau sengaja, sama ada ihram haji atau umrah dalah wajib bagi mereka itu membayar dam. Ini adalah berhujah dan berdalilkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA: فايُ تركه أو شيئا نُسُكَه مَن نسَيَ مَن • دما هَرّقْ Terjemahan: Sesiapa yang lupa sesuatu perkara yang mesti dikerjakan dalam ibadat haji atau sengaja ditinggalkan, maka hendaklah dia menumpahkan darah Binatang (membayar dam) (Riwayat Malik & lain-lain dengan isnad yang sahih). Berkaitan dengan masalah ini, mereka yang telah sampai ke miqat dan mereka itu berkehendak mengerjakan ibadat haji, tidak harus bagi mereka itu melampaui miqat yang dilaluinya tadi sebelum mereka berniat ihram. Sekiranya mereka itu melalui miqat tadi tanpa berniat ihram, maka hendaklah mereka kembali ke miqat yang dilaluinya untuk berniat ihram kecuali kerana ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Maka dalam masalah ini haruslah bagi mereka itu meneruskan perjalanan, tetapi wajib baginya membayar dam, kerana tidak berniat ihram di miqat.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=