E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 692 KEDUA Amalan menghimpun (jamak) melontar jamrah pada 11,12 dan 13 Zulhijjah dengan sengaja tanpa mengikut tertib. Adakah sah lontaran sedemikian? Ulasan: Melontar 3 jamrah merupakan salah satu wajib dalam ibadah haji yang dilakukan pada hari-hari Tasyrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah) dengan melontar tujuh biji batu kecil ke tiga jamarat, iaitu Jamrah al-Sughra, Jamrah al-Wusta, dan Jamrah al-Kubra. Diriwayatkan daripada Jabir RA beliau berkata : الَجمْرَةَ ﷺ اَلل رَسولُ رَمى النَحْرَ يَومَ بَ وأَمّا ضُحى، • زالَتَ فَإذا عْدُ الشَمْسُ Terjemahan : “Rasulullah SAW melontar Jamrah pada hari Korban pada waktu Dhuha dan sesudah itu (11,12,dan 13 Zulhijjah) sesudah matahari tergelincir.” (Riwayat Muslim, 1299). Amalan melontar tersebut merupakan salah satu perkara wajib dalam ibadah haji. Jika ia tidak dilakukan, haji seseorang itu tetap sah, namun dikenakan dam dan berdosa jika ditinggalkan tanpa uzur. Adapun waktu melontar bermula dari gelincir matahari (masuk waktu zohor) pada setiap hari tasyriq tersebut iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijjah dan berakhir apabila terbenam matahari (masuk watu maghrib) pada hari 13 Zulhijjah. Penetapan waktu ini adalah berdasarkan pandangan muktamad mazhab Syafi'i. Justeru waktu-waktu tersebut dapat dirumuskan begini: • 11 Zulhijjah, waktu melontar bermula dengan masuk waktu zohor hari tersebut dan berakhir dengan terbenam matahari pada13 Zulhijjah. • 12 Zulhijjah, waktu melontar bermula dengan masuk waktu zohor hari tersebut dan berakhir dengan terbenam matahari pada13 Zulhijjah. • 13 Zulhijjah, waktu melontar bermula dengan masuk waktu zohor hari tersebut dan berakhir dengan terbenam matahari pada13 Zulhijjah. Namun, bagi menjaga kemaslahatan jemaah haji yang biasanya menghadapi kesesakan teruk jika dilakukan selepas waktu zohor, Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan menerima pakai pendapat kedua mazhab Syafi'i yang menetapkan waktu melontar pada hari-hari tersebut mulai masuk waktu subuh sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah. Manakala amalan menghimpun (jamak) lontaran jamrah pada hari-hari tersebut (11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah diharuskan, tetapi amalan tersebut perlu mengikut tertib jamarat dan juga tertib hari lontaran. Maka tidak sah melontar sekiranya tidak mengikut tertib tersebut. Penyelesaian: Diharuskan untuk berbuat demikian dengan prosedur yang ditetapkan. Jemaah haji berkenaan hendaklah melontar dengan mengambil kira terhadap turutan/tertiban hari. Pertama sekali dia melontar anak-anak batu di ketiga-tiga jamarat bermula dengan Jamrah al-Sughra, diikuti Jamrah al- Wusta dan Jamrah al- Kubra bagi hari yang ke-11 Zulhijjah terlebih dahulu. Kedua barulah dia melontar di ketiga-tiga jamarat seperti itu juga bagi hari ke-12 Zulhijjah. Akhirnya yang ketiga dia melontar ketiga-tiga jamarat seperti itu juga bagi hari yang ke-13 Zulhijjah (Rujuk Resolusi Muzakarah Haji Kali Ke-15 Musim Haji 1420H/1998M). ETIGA Kes jemaah haji sakit yang dipengsankan dari Madinah dalam keadaan belum berniat ihram (keberadaan di hospital). Bagaimana status haji jemaah ini? Ulasan: Melakukan niat ihram untuk memulakan ibadah haji atau umrah adalah salah satu rukun daripada rukun-rukun haji dan umrah. Adapun melakukan niat tersebut di miqat adalah termasuk dalam perkara
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=