E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 60 SOROTAN LITERATUR Dalam merealisasikan impian menjadi sebuah negara yang maju dan tidak ketinggalan, Malaysia telah memperlengkapkan dengan kecanggihan dan prasarana teknologi maklumat. Namun, menurut Afiqah Mior Kamarulbaid (2015) teknologi maklumat yang sedia ada boleh mendatangkan kesan yang positif dan negatif kepada negara. Penulis memfokuskan perbincangan berkaitan kecanggihan teknologi maklumat yang telah memberi beberapa kesan dalam kefardhuan ibadah Haji. Sementara Idris (2016) menyatakan ketagihan laman sosial juga akan menyebabkan seorang pekerja melengah-lengahkan tugasan yang diberikan. Penangguhan akan sering terjadi apabila gangguan daripada telefon yang selalu berada di dalam tangan masing-masing tidak mengira waktu kerana melayani perbualan di aplikasi Whats App atau sekadar melihat status rakan-rakan di Facebook sehingga tidak sedar masa terbuang dengan sia-sia. Jika hal ini berterusan, kemanisan beribdah haji akan terkesan dan memberikan impak yang buruk kepada kemanisan dalam diri individu tersebut. Kajian kepustakaan dan tinjauan terhadap jemaah menunjukkan bahawa media sosial memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat (termasuk regulasi, prosedur, persiapan) kepada calon jemaah haji dan umrah. Namun terdapat juga kesan negatif kepada kehidupan masyarakat terutamanya di Malaysia. Ramai dalam kalangan para sarjana memberi pandangan seperti al-Ghazali (1997), Ibn Kathir (1999), al- Qaradawi (2023) berkaitan ibadah haji dan mengaitkan pelaksanaan dengan keikhlasan. Kajian para sarjana seperti Rahman (2020) berkaitan haji di era digital, Osman M. N. (2021) mengenai pendidikan Islam digital. Seterusnya laporan rasmi Kementerian Haji & Umrah (2023) mengenai transformasi digital haji. Manakala kajian empirikal berkaitan penggunaan media sosial oleh jemaah haji seperti Victoria et al. (2025) mengkaji bagaimana media sosial digunakan untuk menyebarkan maklumat kesihatan kepada jemaah haji, Aida et al. (2024) menganalisis penggunaan Instagram oleh Kementerian Hal Ehwal Agama (menggunakan akaun @informasihaji) sebagai medium maklumat berkaitan haji, Saud. A. Alsulaiman et al. (2024) dan Kholoud al-Ajarma & Marjo Buitelaar (2021) membincangkan bagaimana komunikasi semasa haji dan pengaruh media sosial dalam penyelenggaraan ibadah haji. Media sosial banyak digunakan dalam memberi kefahaman berkaitan kefardhuan Haji. Jemaah haji dapat mencari maklumat berkaitan ibadah dengan mudah dan senang. Akses maklumat meluas oleh media sosial membolehkan bakal haji mendapatkan panduan manasik, ceramah ilmiah dan fatwa dari ulama melalui platform seperti YouTube dan Facebook Live. Kajian oleh Osman M. N. (2021) menjelaskan hal tersebut. Apatah lagi dalam usaha jemaah mendalamai ibadah haji (Ibnu Kathir, 1999) ditegaskan oleh tafsir dari surah Ali Imran: 97 dan al-Ghazali A. H. (1993) dalam Ihya Ulumu al-Din. Namun begitu pengaruh media sosial berdepan dengan resiko salah tafsir iaitu ketiadaan tapisan menyebabkan berlakunya penyebaran panduan yang tidak sahih atau bercampur-aduk dengan maklumat yang kurang tepat berkaitan penyelenggaraan ibadah Haji. Sayugia dapat dikenalpasti bahawa media sosial memberi impak yang hebat terhadap pelaksanaan Haji. Bimbingan maya oleh pelbagai agensi yang menawarkan live guidance melalui WhatsApp, Telegram atau aplikasi khas semasa musim haji, memudahkan komunikasi antara mutawwif dan Jemaah (Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (2023) dan Rahman, F. (2020). Namun banyak berlaku salah laku dalam kalangan jemaah yang akhirnya boleh menjejaskan ibadah Haji seperti budaya dokumentasi berlebihan. Jemaah sering lebih sibuk mengambil gambar dan memuat naik ke media sosial daripada fokus pada ibadah. Ini boleh menjejaskan khusyuk, tumpuan dan adab dalammanasik. Sedangkan telah dijelaskan oleh Hadis: “Ambillah daripadaku manasik kamu” (HR Muslim). Sepatutnya penggunaan media sosial dapat meningkatkan penghayatan Haji. Pengalaman haji yang dikongsi dapat meningkatkan kesedaran umat Islam lain, memberi motivasi kepada mereka yang belum menunaikan haji seperti ditegaskan oleh Al-

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=