E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 61 Qaradawi, Y. (1995) dalam Fiqh al-Hajj wa al- ‘Umrah dan Nasr, S.H. (2002) dalam penulisannya The Heart of Islam . Jemaah perlu mengelakkan diri dari terlibat dari sifat mazmumah seperti lahirnya perasaan riya’ dan hilang keikhlasan. Pameran berlebihan di media sosial berpotensi akan menimbulkan riya’ yang sekaligus bertentangan dengan maqasid haji sebagai ibadah ikhlas kerana Allah. Hadis Nabi SAW: “Sesungguhnya amal itu dengan niat…” (HR Bukhari & Muslim) dan juga telah ditegaskan oleh Kamali, M.H. (2008) dalam buku beliau Maqasid al-Shariah Made Simple . Fenomena riya’ jelas bertentangan dengan hadis Rasulullah SAW: “Sesungguhnya yang paling aku takutkan atas kalian adalah syirik kecil.” Mereka bertanya: “Apakah syirik kecil itu, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Riya’.” (HR. Ahmad, no. 23630). Meneliti berkaitan isu etika dalam penggunaan media sosial juga kerap diperkatakan. Ini berkaitan privasi dan maruah jemaah lain iaitu dalam menyebarkan gambar jemaah tanpa izin. Ini menjadi isu dan cabaran bagi mereka yang menggunakan media sosial. Berkaitan media sosial juga isu komersialisasi iaitu promosi pakej haji/umrah di media sosial yang menekankan kemewahan lebih daripada ibadah. Lantas akhirnya menjadi cabaran dan polimik besar dalam menjamin ketenangan dalam ibadah Haji, demikian juga umrah . Jemaah yang fanatik dengan media sosial sering mengalami distraksi digital iaitu ketagihan media sosial yang boleh mengurangkan fokus kepada ibadah. Oleh sebab itu budaya negatif ini seharusnya menjadi perhatian jemaah bila menggunakan media sosial, apatah lagi semasa melaksanakan ibadah Haji. Kesimpulannya berdasarkan sorotan literatur, penulis membina jadual tematik berikut bagi menegaskan pengaruh media sosial terhadap kefardhuan Haji. Jadual 1 Tematik Pengaruh Media Sosial Terhadap Kefardhuan Ibadah Haji Rujukan Tahun Tematik Al-Quran tt Kefardhuan haji Al-Hadith tt Riya’ Afiqah Mior Kamarulbaid 2015 Teknologi maklumat Idris 2016 Ketagihan laman sosial al-Ghazali 1997 Keikhlasan Ibn Kathir 1999 Ibadah haji al-Qaradawi 2023 Pelaksanaan ibadah haji Rahman F. 2020 Era digital Osman 2021 Pendidikan Islam digital Kementerian Haji & Umrah Saudi 2023 Aplikasi khas musim haji Victoria et al. 2025 Media sosial kesihatan haji Aida et al. 2024 Penggunaan Instagram haji Saud. A. Alsulaiman et al. 2024 Pengaruh media sosial Kholoud al-Ajarma & Marjo Buitelaar 2021 Komunikasi haji al-Qaradawi, Y. 1995 Ibadah haji Nasr, S.H. 2002 Motivasi haji Kamali, M.H. 2008 Sifat mazmumah jemaah haji
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=