E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 58 PENGARUH MEDIA SOSIAL TERHADAP KEFARDHUAN IBADAH HAJI Mohd Aderi Che Noh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Emel: aderi@usim.edu.my ABSTRAK Pengaruh media dalam masyarakat sememangnya menjadi satu fenomena yang banyak membuka mata masyarakat hari ini. Apatah lagi pengaruh dalam pelakasanaan rukun Islam iaitu kefardhuan Ibadah Haji. Namun, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khususnya media sosial telah membawa pengaruh yang besar dalam cara umat Islam memahami, melaksanakan dan mengekalkan kefardhuan haji. Perkembangan media sosial, telah mengubah cara umat Islam memahami, mempersiapkan diri, serta melaksanakan ibadah haji. Artikel ini membincangkan pengaruh media sosial terhadap kefardhuan haji dengan menilai kesan positif dan negatifnya. Analisis dijalankan melalui kajian lapangan dan sorotan literatur antarabangsa, kajian kes, serta penilaian dari perspektif al-Quran, hadis, dan maqasid syariah. Dapatan menunjukkan media sosial berfungsi sebagai alat dakwah, pendidikan dan sokongan psikososial, tetapi pada masa yang sama membuka ruang kepada riya’ dan komersialisasi ibadah. Kajian ini menekankan keperluan literasi digital Islam dan garis panduan etika dalam penggunaan media sosial semasa haji. Kata kunci: Media Sosial, Haji, Kefardhuan, Etika Digital, Maqasid Syariah PENGENALAN Media sosial adalah sebuah media untuk bersosialisasi antara satu sama lain dan ia dilakukan secara online yang memungkinkan manusia untuk saling berinteraksi tanpa dibatasi ruang dan waktu. Menurut Rafi Saumi Rustian (2012) Media yang dimaksudkan adalah bersifat umum dan mempunyai cakupan yang luas. Antara perkara yang termasuk media adalah seperti televisyen, wayang perdana, telefon pintar, radio, tablet, serta komputer riba yang boleh menayangkan cerita mahupun ulang tayang audia dan video dengan jelas. Selain itu menurut A. Zaini (2014) media cetak juga termasuk dalam sumber media yang boleh mempengaruhi masyarakat. Justeru hari ini kita menyaksikan penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Menurut Manap (2016) laman sosial seperti “Facebook”, “My Space”,“Frienster”, “Twitter” dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di Negara ini terutamanya golongan remaja. Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Tidak ketinggalan berkaitan Ibadah Haji. Haji ialah ibadah yang diwajibkan ke atas umat Islam yang memenuhi syarat-syarat tertentu seperti mampu dari segi kewangan, kesihatan dan keselamatan (Al-Baqarah: 196; Ali ‘Imran: 97). Manakala Tabung Haji memperkenalkan Talian Online Pertanyaan Jemaah Haji (TAIB) (www.tabung haji.gov.my) yang diwujudkan khas untuk membantu jemaah haji Malaysia yang sedang berada di Tanah Suci berfungsi untuk memberi jawapan segera berkaitan ibadat haji dan umrah, permasalahan fiqh semasa ibadat, isu berkaitan kesihatan ibadat dan panduan praktikal. Dalam era digital, umat Islam tidak dapat lari daripada pengaruh media sosial seperti Facebook,

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=