E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 57 PENUTUP Secara keseluruhannya, aplikasi Umrah D’jaRI merupakan inovasi digital yang dapat membantu jemaah umrah memastikan amalan ibadah mereka dilaksanakan selaras dengan tuntutan syarak, sama ada yang berkaitan dengan rukun, wajib, syarat ataupun sunat. Aplikasi ini bukan sahaja relevan selepas jemaah menyempurnakan ibadah, malah berfungsi sebagai panduan persediaan sebelum berangkat ke Tanah Suci. Hal ini memberi nilai tambah khususnya kepada jemaah yang melaksanakan ibadah secara kendiri ( DIY ) tanpa bimbingan mutawwif, lebih-lebih lagi dengan kewujudan inisiatif Nusuk Umrah oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang membolehkan jemaah luar negara menguruskan visa serta perkhidmatan umrah secara langsung tanpa perantara. Oleh itu, aplikasi ini berpotensi menjadi medium sokongan penting dalam mengurangkan kesilapan lazim yang sering berlaku dalam kalangan jemaah. Implikasinya, pengintegrasian teknologi mudah alih ke dalam bimbingan ibadah dapat memperkukuh kefahaman dan keyakinan jemaah dalam melaksanakan umrah dengan sah dan sempurna. Sehubungan itu, kajian lanjutan wajar dijalankan bagi memperluaskan fungsi aplikasi kepada ibadah haji, berasaskan Mazhab Syafi‘i dan berpandukan keputusan-keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan. Usaha ini dijangka bukan sahaja meningkatkan penerimaan khalayak terhadap aplikasi digital sebegini, malah menyumbang kepada pembangunan ekosistem bimbingan ibadah berasaskan teknologi yang lebih menyeluruh pada masa hadapan. Penghargaan: Projek ini telah dibiayai oleh Dar Al-Qari di bawah Geran Industri (UniSZA/2024/PPL/DAQR(023)). RUJUKAN 1. Al-Khatib al-Shirbini, Muhammad ibn Ahmad (2000), Mughni al- Muhtaj Ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz al-Minhaj , jilid 2, Beirut: Dar al-Kutub al- ‘Ilmiyyah 2. Al-Nawawi, Yahya ibn Sharaf (1994), Kitab al-Idah Fi Manasik al-Hajj Wa al- ‘Umrah , Makkah: al-Maktabah al-Imdadiyyah 3. Berita Harian Online. (2 Mac 2023). Arab Saudi Rekodkan Kedatangan Lebih 300,000 Jemaah Umrah Malaysia Dalam Tempoh 8 Bulan 4. BookMyUmrahTrip. (2022). My Umrah Companion [Mobile application software] . Google Play. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bookmyumrahtrip.myumrahcompanion 5. Manaseek International Sdn. Bhd. (2023). Manaseek [Mobile application software] . Google Play. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.manaseek.user 6. Ministry of Hajj & Umrah. (2023). Nusuk [Mobile application software] . Google Play. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.moh.nusukapp 7. MStar. (15 Ogos 2023). Pernikahan 3 Anak Perempuan Tak Sah! Bapa Langgar Rukun Umrah, Sentuh Kaabah Masa Tawaf... Paling Sadis Hanya Sedar Lepas 8 Tahun 8. Proven Mobility (Malaysia) Sdn. Bhd. (2024). Umroo – Umrah & Hajj personal tracker [Mobile application software] . Google Play. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.provendotcomm.umroo 9. TMS. (2022). My Personal Hajj-Umrah Guide [Mobile application software] . Google Play. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.tms.tms_vr_app 10. Zainuddin, N. A., Rahman, A. A., & Abdullah, N. A. (2023). MyUmrah: A digital Umrah mobile guide application. International Journal of Advanced Research in Education and Society , 5(1), 150 – 160. https://www.researchgate.net/publication/377688693_MYUMRAH_A_DIGITAL_UMRAH_MOBILE_ GUIDE_APPLICATION
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=