E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 560 1984 Pengenalan Sistem Sistem Muassasah mula diperkenalkan di Malaysia oleh Kerajaan Arab Muassasah Saudi, menggantikan sepenuhnya sistem Sheikh Haji (Idris & Maslan @ Baharudin, 2023; Mohamad Muhaimin & Sulong, 2018). 1993 Pendaftaran Haji Terbuka TH melaksanakan sistem pendaftaran terbuka (open registration) yang membolehkan umat Islam mendaftar sepanjang tahun berdasarkan konsep first come first serve (Khaliq et al., 2012; Sharifah Binti Ismail, 2020). 1995 Akta Tabung Haji 1995 LUTH dinamakan semula kepada Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah Akta 535, Tabung Haji Act 1995, membolehkan TH mengembangkan operasi dan pelaburannya (Khaliq et al., 2012; Sharifah Binti Ismail, 2020). 2000-an Isu Tadbir Urus TH menghadapi tuduhan salah urus kewangan dan pelaburan yang buruk pada awal tahun 2000-an (Muneeza et al., 2018). 4. Era Kontemporari dan Transformasi Digital (2005 – 2024) Tempoh terkini menunjukkan fokus TH terhadap inovasi teknologi, peningkatan prasarana, dan pematuhan kuota haji antarabangsa. Tempoh Peristiwa Utama Pengurusan dan Cabaran 2013 – 2017 Pengurangan Kuota Bilangan jemaah haji dikurangkan (contohnya, 22,320 pada 2013) disebabkan kerja-kerja pembesaran Masjidil Haram di Makkah (Mohamad Muhaimin & Sulong, 2018). 2015 Isu Kontroversi Kewangan TH dituduh melanggar peraturan sendiri dan membeli tanah pada harga yang tinggi daripada 1MDB, yang menyebabkan hampir 4,000 pendeposit menutup akaun mereka pada 2016 (Muneeza et al., 2018). Pasca 2017 Pemulihan Kuota Penuh Kuota haji penuh Malaysia sebanyak 30,200 jemaah dikembalikan selepas selesai fasa pembesaran Masjidil Haram (Mohamad Muhaimin & Sulong, 2018). 2018 Pelaksanaan Mekah Route TH melaksanakan program Mekah Route dengan kerjasama imigresen Arab Saudi, membolehkan proses pra-pelepasan imigresen di KLIA, menjimatkan 4 hingga 6 jam ketibaan di Arab Saudi (Mohamad Muhaimin & Sulong, 2018). Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang diberi keistimewaan ini (Mohamad Muhaimin & Sulong, 2018). Transformasi Prasarana Masyair Khemah jemaah muasasah di Arafah mula dilengkapi dengan penghawa dingin (Mohamad Muhaimin & Sulong, 2018). Inovasi ICT TH membangunkan sistem data berpusat seperti dashboardmaktab.hajmobility.my dan aplikasi Hajj Mobility (Mohamad Muhaimin & Sulong, 2018). 2023 Isu Haji Furada Isu jemaah terkandas akibat penipuan agensi yang menawarkan pakej murah menggunakan Visa Furada terus berlaku, menuntut campur tangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) (Jamaludin et al., 2023; Muneeza et al., 2018). 2024 Pengukuhan Kerjasama Bilateral TH terus memperkukuhkan kerjasama dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (Jabatan Perdana Menteri, 2025). Kuota haji rasmi Malaysia bagi musim 1446H/2025M ditetapkan sebanyak 31,600 jemaah (Jabatan Perdana Menteri)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=