E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 559 1922 Majlis Haji British Ditubuhkan Pemerintah Inggeris menubuhkan Majlis Haji untuk mengendalikan hal berkaitan pengenalan haji dan pengembalian harta jemaah yang meninggal dunia (Mohamad Muhaimin & Sulong, 2018). 1923 Pegawai Haji Haji Abdul Majid bin Zainuddin dilantik sebagai Pegawai Haji Tanah Tanah Mel ayu Pertama Melayu yang pertama oleh kerajaan Inggeris, bertanggungjawab menjaga kebajikan jemaah haji (Mohamad Muhaimin & Sulong, 2018; Musa & Baharudin, 2024; Roff, 1975). 1951 Ordinan Pengurusan Haji Kerajaan Inggeris mengesahkan Ordinan Pengurusan Haji Orang- orang Islam 1951 untuk memberikan kaedah terbaik dalam sistem pengurusan haji (Mohamad Muhaimin & Sulong, 2018). 1959 Kertas Kerj a Ungku Aziz Profesor Diraja Ungku Aziz mengemukakan kertas kerja bertajuk ‘Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal - Bakal Haji’ (Mohamad Muhaimin & Sulong, 2018; Khaliq et al., 2012). Kertas kerja ini menjadi asas bagi penubuhan institusi kewangan haji (Mohamad Muhaimin & Sulong, 2018; Muneeza et al., 2018). 2. Penubuhan dan Penginstitusian Tabung Haji (1963 – 1977) Tempoh ini menyaksikan kelahiran institusi berkanun yang secara radikal mengubah cara pengurusan haji di Malaysia, terutamanya aspek kewangan dan logistik. Tempoh Peristiwa Utama Pengurusan dan Cabaran 1963 MMPSC Ditubuhkan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH/MMPSC) mula beroperasi pada September 1963 (Khaliq et al., 2012; Mohamad Muhaimin & Sulong, 2018; Muneeza et al., 2018; Sharifah Binti Ismail, 2020; Musa & Baharudin, 2024). Tujuan utamanya adalah menyediakan saluran simpanan patuh Syariah yang bebas riba (Muneeza et al., 2018; Khaliq et al., 2012; Sharifah Binti Ismail, 2020). 1969 Pembentukan LUTH MMPSC bergabung dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji di Pulau Pinang, membentuk Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) di bawah Akta 8, 1969 (Khaliq et al., 2012; Mohamad Muhaimin & Sulong, 2018; Sharifah Binti Ismail, 2020; Musa & Baharudin, 2024). LUTH diberikan bidang kuasa eksklusif dalam urusan haji Malaysia (Sharifah Binti Ismail, 2016; Sharifah Binti Ismail, 2020). 1970-an Permulaan Penerbangan Khas LUTH mula mengatur penerbangan sewa khas untuk jemaah haji (Musa & Baharudin, 2024). LUTH menubuhkan Tabung Haji Transportation and Corporation Pvt. Ltd. pada tahun 1971 (Musa & Baharudin, 2024). 1977 Penamatan Perjalanan Laut Perjalanan haji melalui kapal laut tamat , dan semua jemaah Malaysia mula menggunakan penerbangan udara (Musa & Baharudin, 2024). Ini menandakan tamatnya peranan Sheikh Haji dan kerancakan aktiviti haji di Acheen Street, Pulau Pinang (Musa & Baharudin, 2024). 3. Era Pemodenan dan Pengukuhan TH (1975 – 2005) Tempoh ini dicirikan oleh perkembangan signifikan dalam pengurusan haji Malaysia di bawah TH, yang diiktiraf sebagai perintis dalam pengurusan haji moden (Sharifah Binti Ismail, 2016). Tempoh Peristiwa Utama Pengurusan dan Cabaran 1975 – 2005 Fasa Pembangunan dan Kemajuan Institusi haji Malaysia melalui siri pembangunan dan kemajuan dan beralih ke era transisi baru yang lebih teratur dan moden di bawah pentadbiran TH (Sharifah Binti Ismail, 2016).

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=