E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 553 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN SEJARAH PENSYARIATAN IBADAH HAJI DALAM ISLAM Sejarah pengerjaan haji dapat dihurai melalui dua perspektif utama: pensyariatan agama dan pelaksanaan dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia. 1. Pensyariatan dan Perkembangan Awal Ibadah haji bermaksud mengunjungi Baitullah Al-Haram (Kaabah) di Makkah bagi mengerjakan ibadah- ibadah tertentu kerana Allah S.W.T. dengan menunaikan rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu (Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), 2010; Zhooriyati, 2017). 1. Ibadah Haji menjadi Asas Kenabian Terdahulu: Kewajipan haji telah disyariatkan sejak zaman Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. (Muhammad Salleh Awang, 1986; Haron Din et al., 2007; Mohamad Zaki & Sulong, 2018). Namun, selepas kewafatan mereka, amalan haji telah dicampur aduk dengan perbuatan syirik dan penyembahan berhala oleh pihak yang jahil (Haron Din et al., 2007; Kamaruding et al., 2017). 2. Pensyariatan Haji dalam Islam: Allah S.W.T. kemudian mengutus Nabi Muhammad S.A.W. untuk memperbaharui dan menyambung ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim A.S. (Haron Din et al., 2007; Kamaruding et al., 2017). Tarikh Kewajipan: Para ulama telah bersepakat bahawa ibadah haji mula difardukan dalam syariat Islam pada tahun keenam Hijrah (Muhammad Salleh Awang, 1986; Mohamad Zaki & Sulong, 2018). Dalil Kewajipan: Kefarduan haji adalah berdasarkan nas-nas Al-Quran, Sunnah, dan ijma’ para ulama (Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), 2010; Mohamad Zaki & Sulong, 2018). Allah S.W.T. berfirman: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadaNya...” (Surah Ali- ‘Imran, 3: 97) (Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), 2010; Kamaruding et al., 2017; Mohamad Zaki & Sulong, 2018). Haji Wada': Nabi Muhammad S.A.W. tidak melaksanakan haji selepas berhijrah ke Madinah melainkan satu kali sahaja, iaitu Haji Wada’ pada tahun ke-10 Hijrah (Mohamad Zaki & Sulong, 2018; JAWHAR, 2022). Ibadah haji dari perspektif Islam, adalah dirujuk berpandukan kepada dalil-dalil yang disokong oleh Al- Quran dan Hadis. 1. Pensyariatan dan Falsafah Kewajipan Haji Ibadah haji didefinisikan sebagai menuju ke tempat-tempat yang khusus (iaitu Baitullah Al-Haram

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=