E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 549 Haram (Kaabah) di Makkah ini melibatkan amalan-amalan khusus pada waktu yang dikhususkan (Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), 2010). Falsafah haji menjangkaui batasan fizikal, di mana ia dilihat sebagai perjalanan spiritual ( spiritual journey ) (Sharifah Binti Ismail, 2020; Zhooriyati, 2017) yang bertujuan untuk penyucian diri dan mengukuhkan keimanan (Sharifah Binti Ismail, 2020). Matlamat utama pengerjaan ibadah haji adalah untuk mencapai Haji Mabrur — haji yang diterima (Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), 2010; Sharifah Binti Ismail, 2020). Selain itu, haji juga berfungsi melambangkan kesatuan umat Islam global ( unity of Muslims from all over the world ), di mana semua insan berkumpul tanpa mengira latar belakang (Zhooriyati, 2017). Dalam konteks Dunia Islam yang lebih luas, ibadah haji diiktiraf sebagai perhimpunan terbesar ( biggest gathering ) seumpamanya di dunia, melibatkan jutaan umat Islam dari pelbagai negara (Zhooriyati, 2017; Al-Faisal, 2009; Al-Tawfiq & Memish, 2014; Shafi et al., 2016). Kerumitan yang wujud daripada kehadiran jumlah jemaah yang ramai ini, digabungkan dengan batasan ruang dan masa yang ketat, telah menjadikan pengurusan haji, terutamanya dari aspek logistik dan pengawalan orang ramai ( crowd management ), sebagai tugas yang amat kompleks ( too complex ) dan mencabar (Kamaruding et al., 2017; Rizk, 2024; Al- Hajj et al., 2024). Cabaran ini telah mendorong pengurusan di Tanah Suci untuk mengaplikasikan revolusi digital, termasuk sistem Maklumat Geografi (GIS) dan kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kecekapan dan keselamatan (Felemban et al., 2020; Felemban et al., 2020; Binsawad & Albahar, 2022). Oleh yang demikian, agensi-agensi pengelola haji di seluruh dunia dituntut untuk sentiasa memantapkan tata urus dan sistem penyampaian mereka selaras dengan syariat (Kamaruding et al., 2017), bukan sahaja untuk mengatasi cabaran logistik, tetapi juga untuk membantu para jemaah dalam mencapai kesempurnaan manasik. Khususnya bagi umat Islam di Malaysia atau Tanah Melayu, aspirasi untuk menunaikan haji telah sebati dengan pemikiran dan mentaliti, sehingga menjadikannya tuntutan budaya yang sangat dititikberatkan ( much-emphasized cultural demand ) (Aiza Maslan @ Baharudin, 2009; Sharifah Binti Ismail, 2016). Sejarah pengerjaan haji pada era pelayaran laut (1850 – 1984) sering kali Digambar dan dicatatkan sebagai pengalaman penuh kesulitan, kos tinggi, dan bahaya ( fraught by great difficulties, high costs, hazards and often deadly ) (Sharifah Binti Ismail, 2016; Musa & Baharudin, 2024). Kekangan ini, serta isu penipuan dan eksploitasi yang dilakukan oleh broker haji atau Sheikh Haji , yang mana sistem mereka disifatkan " setua ibadah haji itu sendiri " ( as old as the hajj itself ) (Idris & Maslan @ Baharudin, 2023; Musa & Baharudin, 2024), telah menarik perhatian kerajaan kepada reformasi pengurusan haji. Penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) pada tahun 1969, yang kini dikenali sebagai TH , menjadi titik perubahan penting ( turning point ) (Khaliq et al., 2012; Sharifah Binti Ismail, 2016). TH ditubuhkan dengan matlamat menyediakan platform simpanan patuh Syariah (Muneeza et al., 2018) dan perkhidmatan komprehensif, untuk mengurangkan kesulitan dan meningkatkan kedudukan sosioekonomi umat Islam (Khaliq et al., 2012; Sharifah Binti Ismail, 2020). SOROTAN LITERATUR Sejumlah kajian lepas berkenaan ibadah haji dan pengurusannya di Malaysia dapat disimpulkan dalam konteks berikut: 1. Konteks Ibadah Haji dan Signifikan Budaya Melayu Ibadah haji, sebagai rukun Islam kelima, merupakan kewajipan yang dituntut ke atas setiap Muslim yang memiliki kemampuan fizikal, mental, dan kewangan (Khaliq et al., 2012; Sharifah Binti Ismail, 2020; Zhooriyati, 2017). Kajian mengenai sejarah haji di Malaysia menunjukkan bahawa ibadah ini mempunyai nilai yang sangat mendalam dalam jiwa masyarakat Melayu; ia bukan sahaja dilihat sebagai tuntutan keagamaan, tetapi juga sebagai tuntutan budaya yang sangat dititikberatkan ( much-emphasized cultural demand ) (Aiza Maslan @ Baharudin, 2009; Sharifah Binti Ismail, 2016). Aspirasi untuk menunaikan haji kekal kuat, walaupun perjalanan pada masa lalu (1850 – 1984) sering kali dipenuhi dengan pengalaman yang sulit, kos tinggi, dan bahaya (Sharifah Binti Ismail, 2016; Musa & Baharudin, 2024). Analisis sejarah turut menyorot bagaimana masyarakat Melayu tradisional berusaha memastikan wang perbelanjaan haji mereka " bersih " dan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=