E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 548 IBADAH HAJI SIMBOL KETAATAN SPRITUAL MUSLIM: MENYELUSURI SEJARAH PERUBAHAN PENGURUSANNYA DI MALAYSIA Mashitah Sulaiman ( corresponding author ), Mohd Nazir Ahmad Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia; MARA University of Technology, Shah Alam Selangor, Malaysia Emel: mashitah@usim.edu.my , . ABSTRAK Ibadah haji merupakan rukun Islam kelima yang diwajibkan ke atas setiap Muslim yang berkemampuan dari segi fizikal, mental, dan kewangan. Kewajipan spiritual ini menuntut setiap jemaah untuk berkorban dan bersiap sedia bagi mencapai matlamat tertinggi, iaitu haji mabrur. Memandangkan ibadah haji melibatkan aspek sejarah, spiritual, dan logistik yang signifikan, kajian ini bertujuan untuk mencapai tiga objektif utama: 1) mengkaji sejarah pensyariatan ibadah haji dalam Islam; 2) menganalisis falsafah haji dalam Islam; dan 3) menjejaki sejarah pengurusan haji dari Tanah Melayu/Malaysia dalam tempoh 1880 – 2024. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan berteraskan kajian perpustakaan dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa sejarah pengurusan haji Malaysia telah melalui transformasi menyeluruh, beralih daripada sistem Sheikh Haji (broker haji) yang penuh eksploitasi dan kesulitan pada era penggunaan kapal laut, kepada sistem moden di bawah pengurusan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH/TH), yang ditubuhkan untuk menyediakan simpanan patuh berlandaskan Syariah dan perkhidmatan komprehensif kepada Jemaah haji. Dari segi falsafah, pengurusan haji moden diletakkan atas empat tunjang falsafah Islam - Epistemologi (Qur’an/Hadith), Ontologi (Tauhid), Aksiologi (Ihsan, Amanah, Adil), dan Teleologi (Keredhaan Allah) — bagi memastikan segala aktiviti berlandaskan etika agama. Sementara itu, jemaah haji mengalami pengalaman emosi yang dinamik, didominasi oleh emosi spiritual positif seperti gembira, tenang, dan syukur, manakala kegagalan mencapai kemabruran sering berpunca daripada faktor dalaman seperti kekurangan ilmu dan sumber kewangan yang syubhah . Implikasi kajian menunjukkan bahawa ia dapat memberi gambaran yang lebih menyeluruh kepada umat Islam tentang perjalanan haji sebagai perjalanan rohani yang unik, menarik dan bermakna, serta menyokong badan pengurusan haji (TH) untuk memantapkan modul latihan yang menekankan aspek spiritual dan etika pengurusan selaras dengan Syariah bagi membantu jemaah mencapai Haji Mabrur . Katakunci: Haji, Spiritual, Sejarah, Pengurusan, Malaysia PENDAHULUAN Ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima, merupakan manifestasi penting dalam kehidupan spiritual umat Islam bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi merupakan puncak perjalanan rohani yang mempunyai falsafah dan matlamat mendalam, diikat oleh prinsip etika dan nilai-nilai keagamaan yang jelas (Khaliq et al., 2012; Sharifah Binti Ismail, 2020). Ia adalah tuntutan yang wajib dilaksanakan yang berkemampuan dari segi fizikal, mental, dan kewangan untuk menunaikannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup (Khaliq et al., 2012; Muneeza et al., 2018; Sharifah Binti Ismail, 2020; Zhooriyati, 2017). Ibadah haji dilaksanakan di Baitullah Al-

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=