E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 546 Kajian ini menunjukkan bahawa modul bimbingan Tabung Haji (TH) dinilai pada tahap sederhana tinggi dan berperanan membantu meningkatkan keyakinan jemaah dalam melaksanakan ibadah Haji. Walaupun begitu, dapatan memperlihatkan penekanan fiqh masih lebih menonjol berbanding penghayatan maqasid, khususnya dalam dimensi sosial seperti ukhuwah dan akhlak. Sebaliknya, maqasid yang bersifat rohani seperti doa, ikhlas, dan zikrullah berada pada tahap tinggi, menandakan jemaah lebih mudah menghayati nilai individu dan ritual. Dari sudut sumber rujukan, bahan bercetak seperti Nota Kursus Asas Haji dan Buku Doa kekal dominan, manakala penggunaan platform digital termasuk e-Bimbingan dan e-Taib masih rendah. Dapatan ini memberikan gambaran jelas tentang kekuatan sedia ada serta ruang penambahbaikan bagi bimbingan haji masa depan. PENUTUP Berdasarkan dapatan tersebut, jelas bahawa bimbingan TH perlu terus diperkukuh agar keseimbangan antara fiqh dan maqasid dapat dicapai dengan lebih menyeluruh. Pertama, modul bimbingan wajar diolah semula dengan mengintegrasikan maqasid ke dalam setiap perbincangan fiqh, supaya jemaah bukan sahaja memahami tatacara ibadah secara teknikal tetapi turut menjiwai tujuan dan hikmah di sebaliknya. Kedua, agenda digitalisasi perlu diperkasa melalui penambahbaikan platform sedia ada, pembangunan kandungan interaktif yang mesra pengguna, serta penggunaan peranti digital semasa di tanah suci. Kedua-dua langkah ini diyakini dapat melengkapkan kekuatan kursus bersemuka dan bahan bercetak, sekaligus memastikan bimbingan TH kekal relevan, berkesan, dan berimpak tinggi dalam era kecerdasan buatan (AI). Penghargaan Penulis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai institusi pengajian yang menjadi wadah ilmu dan penyelidikan, serta kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas sokongan melalui tajaan pengajian kedoktoran ini. Seterusnya, penghargaan tulus ditujukan kepada penyelia penyelidikan atas bimbingan yang konsisten dan dedikasi yang tinggi sepanjang proses kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diberikan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) atas kerjasama erat, khususnya melalui akses modul rasmi, sokongan teknikal, serta bantuan para Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) dalam menjayakan pengumpulan data lapangan. Ucapan terima kasih yang mendalam turut disampaikan kepada panel pakar seramai tiga orang pensyarah yang telah meneliti dan menyemak soal selidik kajian ini, sehingga instrumen yang dibangunkan mencapai tahap kesahan kandungan yang baik. Akhir sekali, penghargaan istimewa ditujukan kepada semua responden jemaah Haji Muassasah 1446H yang sudi meluangkan masa untuk berkongsi pandangan mereka. Tanpa sumbangan berharga ini, kajian awal ini tidak mungkin dapat dilengkapkan dengan jayanya. RUJUKAN 1. Alotaibi, F.,&Abbas, A. (2022). Digital transformation in Hajj: Pilgrims’ adoption of smart applications. Journal of Islamic Marketing, 13(9), 2015 – 2032. https://doi.org/10.1108/JIMA-09-2021- 0302 2. Amran, M. A.,&Mohd Aderi, C. N. (2021). Penilaian kefahaman peserta Kursus Asas Haji berdasarkan Modul Kursus Asas Haji. Proceedings of the International Conference on Social Science and Humanities (ICSSH2021), 454 – 465. 3. Auda, J. (2008). Maqasid al-Shariah as philosophy of Islamic law: A systems approach. Herndon, VA: The International Institute of Islamic Thought. 4. Hasanulddin Mohd, N., Hashim, J., Wan Khairul Firdaus, W. K., Engku Ahmad Zaki, E. A.,&Hannan Fatini, M. R. (2020). Metode bimbingan Lembaga Tabung Haji terhadap jemaah Haji Malaysia. Sprin Journal of Arts, Humanities and Social Sciences, 3(6), 1234 – 1245.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=