E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 545 Secara keseluruhan, analisis Bahagian C menegaskan bahawa walaupun kursus dan modul bimbingan Tabung Haji telah berkesan dalam meningkatkan keyakinan jemaah, nilai maqasid belum sepenuhnya terzahir dalam penghayatan khususnya pada dimensi sosial. Jurang ini menunjukkan perlunya strategi lebih terancang untuk memperkasa maqasid melalui pendekatan praktikal, simulasi, dan bimbingan lapangan supaya jemaah dapat menjiwai hikmah ibadah secara menyeluruh. Bahagian D: Sumber bimbingan TH Analisis sumber bimbingan menunjukkan kursus bersemuka di tanah air masih menjadi nadi utama, khususnya Kursus Perdana Haji (min = 3.82) dan Kursus Intensif Haji (3.65), diikuti Kursus Asas Haji (3.19). Di tanah suci pula, ceramah lapangan seperti di Masyair (3.56), Maktab Mekah (3.43), dan Zon Madinah (3.40) turut mencatat tahap penggunaan yang tinggi. Dapatan ini menegaskan bahawa jemaah masih sangat bergantung kepada latihan langsung dan pengulangan bersemuka sebagai asas bimbingan. Dalam kategori bahan bercetak, Nota KAH (3.44) dan Buku Doa (3.30) kekal sebagai rujukan utama manakala Buku Fiqh Wanita (2.51) memberi manfaat signifikan khususnya bagi jemaah wanita. Buku Soal Jawab Haji (3.08) dan Buku Fiqh Ibadah (3.02) pula menyokong kefahaman fiqh secara lebih praktikal. Sebaliknya dalam kategori digital, skor penggunaan adalah lebih rendah, dengan e-Bimbingan (2.56) dan e-Taib (1.65) paling rendah berbanding bahan bercetak. Medium lain seperti Program RTM Salam Baitullah (2.54) dan YouTube (2.50) juga sederhana rendah. Sementara itu, interaksi dengan PIHTAS berada pada tahap sederhana (2.41), menunjukkan peranan mereka penting tetapi masih terbatas dari segi capaian jemaah. Rajah 4 : Tahap penggunaan sumber bimbingan TH Secara keseluruhan, dapatan ini menggambarkan bahawa jemaah lebih selesa dengan kursus bersemuka dan bahan bercetak, sementara transformasi digital TH masih pada tahap awal penerimaan. Hal ini membuka ruang strategik bagi TH untuk mengintegrasikan kekuatan tradisional dengan inovasi digital, agar pengalaman bimbingan menjadi lebih seimbang dan inklusif. Rumusan Dapatan Utama

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=